Anda di sini

Jerayawara TK Hardware Sibu 27 September hingga 1 Oktober

Advertisement
 TK Hardware di Jalan Tunku Abdul Rahman bersebelahan Star Mega Mall.
DI SINI: TK Hardware di Jalan Tunku Abdul Rahman bersebelahan Star Mega Mall.

SIBU: TK Hardware Sibu menawarkan harga promosi dan diskaun pada jerayawara bermula 27 September hingga 1 Oktober ini.

Jerayawara lima hari ini sah untuk empat cawangannya di sini iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelah Star Mega Mall), Sibu Jaya, Jalan Chew Geok Lin dan Taman Indah, Teku.

Dalam promosi istimewa itu, pemegang kad keahlian TK Hardware dapat menikmati diskaun 30 hingga 70 peratus untuk perkakasan, produk elektrik, dapur dan produk plastik.

Bagi mereka yang berminat menjadi ahli TK Hardware hanya perlu membayar RM5 seumur hidup dan kad itu tidak mempunyai tarikh luput.

 Diskaun bermula 30 hingga 70 peratus kepada pemegang kad keahlian TK Hardware.
PELBAGAI PILIHAN: Diskaun bermula 30 hingga 70 peratus kepada pemegang kad keahlian TK Hardware.

Sepanjang promosi istimewa sempena Hari Keahlian TK Hardware, operasi premis dilanjutkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Justeru, orang ramai terutamanya di sekitar Sibu dan kawasan berdekatan boleh datang ke cawangan TK Hardware untuk melihat sendiri promosi istimewa.

TK Hardware yang dibuka tiga tahun lepas turut merancang membuka 20 cawangan di seluruh negeri.

Advertisement