Anda di sini

Gempa bumi ragut 22 nyawa di Pakistan

Advertisement
 Penduduk meninjau bangunan yang runtuh selepas gempa bumi cetek melanda           berhampiran kota Mirpur di timur laut Pakistan kelmarin. — Gambar AFP     Pakistani men stand beside a collapsed building following an earthquake on the outskirts of Mirpur on September 24, 2019. - At least 19 people have been killed and 300 wounded after a shallow earthquake rattled north-eastern Pakistan, a senior police officer said, with the tremor tearing car-sized cracks into roads and heavily damaging infrastruc
RUNTUH: Penduduk meninjau bangunan yang runtuh selepas gempa bumi cetek melanda berhampiran kota Mirpur di timur laut Pakistan kelmarin. — Gambar AFP 

MIRPUR: Penyelamat semalam berusaha untuk sampai kepada penduduk yang terjejas akibat gempa bumi cetek yang menggegarkan timur laut Pakistan sehari sebelum itu, membunuh sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan ratusan lagi apabila ia membelah jalan dan menum-bangkan bangunan.

Tentera Pakistan terus me-ngetuai operasi mencari dan menyelamat selepas subuh dengan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa bilangan kematian mungkin akan melonjak lagi.

“Penilaian kerosakan berdasarkan tinjauan fizikal awal dan udara telah dibuat – 22 orang hilang nyawa termasuk seorang askar,” kata sayap maklumat tentera lewat kel-marin.

Pusat gempa berukuran 5.2 itu berhampiran kota Mirpur, Kashmir, kira-kira 20 kilometer ke utara Jhelum dalam wilayah pertanian Punjab, menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat.

Mirpur, sebuah kota yang terkenal dengan rumahnya yang umpama istana, mempunyai hubungan erat dengan Britain di mana majoriti daripada 450,000 penduduknya membawa pasport Britain dan Pakistan.

Operasi menyelamat di-teruskan sepanjang malam dalam kawasan terbabit manakala hospital tempatan dipenuhi ramai pesakit yang mengalami pelbagai keretakan.

“Saya hendak berjumpa dengan seorang rakan apabila seluruh kawasan bergegar dengan bunyi letupan dan tembok besar runtuh di atas saya. Apabila saya sedar, saya mendapati diri di sini di atas katil ini,” kata seorang pelajar gred kelima Ali Badshah kepada AFP dari sebuah hospital di Mirpur di mana dia sedang menerima rawatan bagi kaki yang patah.

Berhampiran Mirpur, jalan musnah sama sekali dan kenderaan diterbalikkan oleh gegaran manakala jambatan, menara telefon bimbit, dan tiang elektrik turut rosak teruk dalam kejadian itu.

Gempa itu menyebabkan penduduk di Lahore dan Islamabad berlari keluar ke jalan, manakala gegaran turut dirasai sejauh New Delhi.

Akhbar The Press Trust of India melaporkan orang ramai yang panik lari keluar dari rumah dan pejabat mereka di beberapa tempat, termasuk di Rajasthan, Punjab dan Haryana.

Pakistan merintangi sebahagian sempadan di mana dataran tektonik India dan Eurasia bertemu, seterusnya mendedahkan negara itu kepada gempa bumi.

Negara itu juga pernah dilanda gempa berukuran 7.6 pada 8 Oktober 2005 yang mengorbankan lebih 73,000 orang dan menyebabkan kira-kira 3.5 juta orang kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya di Kashmir yang dikuasai Pakistan. — AFP

Advertisement