Anda di sini

UNACO umum pemenang cabutan bertuah, penyampaian hadiah pada 28 September

Advertisement
 Para pembekal Kumpulan Syarikat UNACO bersama-sama menggaul kertas cabutan bertuah yang telah dikumpul di UNACO Cawangan Stutong.
PENYERTAAN MENGGALAKKAN: Para pembekal Kumpulan Syarikat UNACO bersama-sama menggaul kertas cabutan bertuah yang telah dikumpul di UNACO Cawangan Stutong.

KUCHING: Peraduan cabutan bertuah sempena sambutan ulang tahun ke-18 Kumpulan Syarikat UNACO kini sampai ke kemuncak apabila syarikat berkenaan mengumumkan nama pemenang pada satu majlis cabutan nama  di UNACO Cawangan Stutong, 21 September  lepas.

Peraduan diadakan sejak 13 Julai lepas hingga 15 September dengan hadiah bernilai RM200,000 untuk dimenangi.

Upacara penyampaian hadiah peraduan akan diadakan pada 28 September di UNACO Cawangan Stutong jam 9.30 pagi.

Hadiah utama berupa sebuah kereta Proton X70 1.8 TGDI (Exc2WD) dimenangi oleh Nazarie Simon (961013-13-XXXX).

Sementara itu, hadiah pertama berupa sebuah kereta Axia 1.0 Standard G Auto menjadi milik Lam Poh Moi (720328-13-XXXX). Bagi hadiah kedua berupa sebuah motosikal Honda Wave Alpha MDJ dimenangi oleh Eric Anderson Hojes (960615-13-XXXX), manakala hadiah ketiga  iaitu Sharp 60’ 4K Smart LED TV  menjadi milik Law Tze Boi (671208-13-XXXX).

Manakala dua hadiah cabutan tempat keempat iaitu peti sejuk SHARP 600L J-Tech Inventer 2 Pintu dimenangi Dzukipli Januari (920512-13-XXXX) dan Sofinah Dulahpi (820915-13-XXXX).

Hadiah kelima dua Huawei Mate 20 Smartphone AWEI MATE 20 dimenangi Siti Khazijah Aseng (790608-13-XXXX) dan Tayet Emmy (691017-13-XXXX) manakala dua hadiah tempat keenam iaitu SHARP 12kg Mesin Basuh Auto dimenangi Chai Nyong Fook  (520317-13-XXXX) dan Lau Boo Yik (761208-13-XXXX).

Dua hadiah cabutan ketujuh iaitu SHARP 2 in 1 Grill and Microwave Oven dimenangi Bong Lie Lie (651217-71-XXXX) dan Chai Nyan Luke (470803-13-XXXX), selain itu dua hadiah cabutan bertuah kelapan SHARP Air Purifier milik Fatimah Sidi (650826-13-XXXX) dan Chin Lian See (551215-13-XXXX).

Sementara itu, dua hadiah tempat kesembilan berupa Electrolux Dry and Wet Vacum Cleaner dimenangi oleh  Jonathan  Ragub(831220-13-XXXX) dan Chang Khin Fah (670910-13-XXXX).

Sepuluh hadiah sagu hati baucar tunai UNACO dimenangi Bong Wei Chiat  (900929-13-XXXX), Mahidi Hamdan (620906-13-XXXX), Chang Ling Chung (800709-13-XXXX), Nuraini Mohamad Salleh (890219-13-XXXX), Chua Poh Lai (770619-13-XXXX), Sim Siew Hwang (901008-13-XXXX), Kwong Sheau Yong (790718-13-XXXX), Chai Ming Teck (800218-13-XXXX), Siti Norbaya Najor (791002-13-XXXX) dan Othman Let (580724-13-XXXX).

Semua pemenang dikehendaki membawa kad pengenalan dan salinannya untuk tujuan pengesahan dan khidmat penghantaran hadiah tidak disediakan.

  • oleh
  • Advertisement