Anda di sini

Pergolakan baharu di Papua ragut 26 nyawa: Polis Indonesia

Advertisement

WAMENA: Sekurang-ku-rangnya 26 orang maut dalam pergolakan baharu di wilayah Papua, Indonesia, kata pihak berkuasa semalam, manakala ribuan penduduk lari ke tempat perlindungan selepas hari keganasan yang menyaksikan mangsa terbakar hidup-hidup dalam bangunan yang dibakar oleh penunjuk perasaan.

Papua, di bahagian barat Pulau New Guinea, telah dicengkam protes ganas selama berminggu-minggu yang didorong oleh kemarahan mengenai perkauman, selain seruan baharu untuk peme-rintahan diri di wilayah yang mundur itu.

Kira-kira 22 orang maut di kota Wamena di mana ratusan telah berdemonstrasi dan membakar sebuah pejabat kerajaan dan bangunan lain kelmarin, dengan beberapa mangsa yang mati dalam kebakaran yang se-ngaja dimulakan, kata pihak berkuasa, apabila mereka meningkatkan bilangan kematian daripada 20 sebelum ini dengan lebih 70 lagi yang cedera.

Kira-kira 700 orang telah ditangkap untuk disoal siasat berhubung rusuhan berdarah itu, kata tentera.

“Ada yang dibakar, ada yang ditetak sehingga mati, ada yang terperangkap dalam kebakaran,” kata ketua ten-tera tempatan Chandra Dianto kepada AFP.

“Kita akan memeriksa puing untuk mencari mangsa lain yang ada dalam kedai dan gerai yang dibakar,” tambahnya.

Kebanyakan mangsa di Wamena bukan orang Papua, kata pihak berkuasa, yang menjangkakan keganasan yang semakin buruk ke atas pendatang dari tempat lain di kepulauan Asia Tenggara itu.

Kebanyakan pertelingkahan baru-baru ini adalah antara puak pemisah yang menunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan Indonesia.

Seorang askar dan tiga orang awam turut terkorban di ibu kota wilayah Jayapura, di mana pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan yang melontar batu bertelingkah kelmarin.

Askar tersebut ditikam sehingga mati, manakala tiga pelajar meninggal dunia akibat luka peluru getah, kata pihak berkuasa tanpa menjelas lanjut.

Protes kelmarin di Wamena – kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah tinggi – dilaporkan dicetus oleh kenyataan rasis yang dibuat oleh seorang guru, tetapi polis menolak laporan itu sebagai satu “helah”.

Pergerakan Pembebasan Bersatu bagi Papua Barat, yang menuntut kemerdeka-an, menyifatkan keganasan kelmarin sebagai satu “pembunuhan beramai-ramai” dan berkata 17 pelajar sekolah tinggi Papua telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Indonesia.

Dakwaan tentera mahupun pergerakan kemerdekaan itu tidak dapat disahkan secara bebas. Laporan yang bercanggah adalah lumrah di Papua.

Lebih 4,000 penduduk, termasuk ibu dan anak mereka, sudah lari ke markas tentera dan polis, bangunan kerajaan dan sebuah gereja tempatan untuk mendapatkan perlin-dungan, kata pihak berkuasa.

Pemberontakan pemisah peringkat rendah sudah menggelegak selama berdekad-dekad di bekas jajahan Belanda itu setelah Jakarta mengambil alih pemerintahan di wilayah yang kaya dengan hasil galian itu pada zaman 1960-an.

Undian untuk kekal dalam kepulauan itu ketika itu dilihat ramai sebagai satu penipuan. — AFP

Advertisement