Anda di sini

Mercu tanda Samarinda Islamic Center jadi tumpuan

Advertisement
 Samarinda Islamic Center menjadi ikon kota Samarinda yang bersiap menjadi pemangkin ibu kota negara baharu di KALTIM tidak lama lagi.
MERCU TANDA: Samarinda Islamic Center menjadi ikon kota Samarinda yang bersiap menjadi pemangkin ibu kota negara baharu di KALTIM tidak lama lagi.

BERKUNJUNG ke Samarinda terlihat jelas ikon ini di tengah kota.  Menjadi mercu tanda Kalimantan Timur (KALTIM) yang pasti diabadikan untuk berfoto sebagai bukti sudah menjejak kaki ke sini.

Letaknya tidak jauh dari Sungai Mahakam yang membelah ibu kota, Samarinda Islamic Center ini kelihatan sungguh indah dan megah binaannya. Ia mengadaptasi seni arkitek Timur Tengah dan dipadankan unsur Nusantara dan Eropah.

Menara dan kubah menjulang tinggi menongkah awan menjadikan Samarinda Islamic Center ini bukan sekadar tempat ibadat, malah destinasi kunjungan baik pelawat tempatan mahupun pelancong asing.

Dilengkapi pelbagai kemudahan serba moden, keseluruhan bangunannya turut diwarnai hiasan menarik seperti lampu kristal yang unik dan menawan bertemakan tulisan kaligrafi.

 Penulis (kiri) ketika wawancara khas bersama Gubernur KALTIM, Bapak Isran Noor.
WAWANCARA EKSKLUSIF: Penulis (kiri) ketika wawancara khas bersama Gubernur KALTIM, Bapak Isran Noor.

Dikatakan bahawa ia merupakan antara masjid terbesar di Indonesia selepas Masjid Istiqal di Jakarta

Satu lagi daya tarikan umat Islam di Samarinda ialah Masjid Muhammad Cheng Hoo, berwarna merah dengan senibina China, letaknya di laluan pinggir Jalan Soekarno-Hatta, Dusun Tani Maju, di antara Samarinda-Balikpapan.

Mampu menampung sehingga 500 jemaah, masjid ini unik kerana rekabentuk dan warnanya. Tapi ia tidak pernah sepi, lantaran kedudukan strategiknya di jalan ke Kota Bontang, Kabupaten Kutai Timur, Berau dan Tenggarong.

Tatkala ibu kota negara baharu Indonesia berpindah ke KALTIM, sudah pasti Samarinda Islamic Center dan Masjid Muhammad Cheng Hoo, ini pastinya bakal menjadi antara tumpuan ramai kelak.

Seiring dengan jangkaan itu, Gubernur KALTIM, Bapak Isran Noor, menghuraikan pelbagai persiapan yang dibuat bagi menampung kehadiran ramai pengunjung, antaranya kemudahan lapangan terbang.

"Kita sudah ada dua lapangan terbang antarabangsa. Yang perlu adalah diperbesarkan saja bangunan terminal, pemanjangan landasan dan sebagainya, baik di Balikpapan mahupun di Samarida.

"Saya difahamkan, Kementerian Perhubungan sudah menyediakan design untuk pembangunan kedua-dua lapangan terbang, menjadikannya lebih cantik terutama di Samarinda ini," katanya dalam wawancara eksklusif.

 Masjid Muhammad Cheng Hoo di laluan Samarinda-Balikpapan begitu unik senibina dan warnanya.
UNIK: Masjid Muhammad Cheng Hoo di laluan Samarinda-Balikpapan begitu unik senibina dan warnanya.
  • oleh
  • Advertisement