Anda di sini

Bedrip & Isniza juara Duet P.Ramlee majlis makan amal PPPPPM Keningau

Advertisement
 Bedrib dan Isniza (tengah) muncul juara Duet P.Ramlee. Tempat kedua, Donny dan Laidilah (kiri) manakala tempat ketiga Hussien dan Rashidah (kanan) bersama hadiah masing-masing.
JUARA: Bedrib dan Isniza (tengah) muncul juara Duet P.Ramlee. Tempat kedua, Donny dan Laidilah (kiri) manakala tempat ketiga Hussien dan Rashidah (kanan) bersama hadiah masing-masing.

PASANGAN duet, Bedrip Edwin dan Isniza Kadir muncul juara dalam pertandingan Duet P.Ramlee pada majlis makan amal Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Keningau sempena Hari Malaysia yang diadakan di sebuah hotel di Keningau, baru-baru ini.

Naib juara dimenangi oleh Donny Gilbert Matawas dengan pasangannya Laidiah Sophian Joseph sementara tempat ketiga dimenangi oleh Hussein Ahmad Bee dan pasangannya Rashidah Osman.

Sebanyak empat pasangan masing-masing dari Keningau dan Papar telah menyertai pertandingan itu.

Sementara itu, dalam pertandingan Ratu Kebaya, Alezandra Alfonsos, 17, seorang pelajar dari Kampung Riting Apin-Apin telah dimahkotakan sebagai Ratu Kebaya pada majlis itu selepas menewas lima peserta lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Helian Rasius, 18, dari Kampung Merapok sementara tempat ketiga dimenangi oleh seorang guru, Veronica Tajin, 44, dari Kampung Nuntunan Apin-Apin.

Seramai enam peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan pemenang yang mendapat saguhati terdiri Yvonne O Neal Juanis, 18, dari Kampung Liau Laut, Joeann Wah Mei-Mei, 18, dari Kampung Tuarid Taud dan Dianne Jeofrin Moses, 34, seorang guru dari Kampung Dangulad.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Naib Pengerusi PPPPPM Cawangan Keningau Mohd Yazid Hasnan Tawik dan mantan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Kaipin Rusmin.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Robert Tawik yang dalam ucapannya meminta guru-guru yang telah berrsara agar dapat menyertai dan menjadi ahli kepada persatuan itu.

“Kita tidak rugi menjadi ahli persatuan ini malahan banyak manfaatnya seperti dapat merapat dan mengeratkan tali persaudaraan, kekeluargaan serta bertukar-tukar fikiran antara satu dengan lain,” katanya.

Katanya, berpersatuan merupakan satu aktiviti sihat dari aspek sosialisasi dan setiap penjawat awam dalam kalangan guru yang sudah bersara perlu melibatkan diri secara aktif kerana dapat membantu mereka mengeratkan tali silaturahim.

Robert difahamkan antara tujuan majlis itu adalah bagi mengisi tabung dana persatuan untuk menjalankan dan membiayai aktiviti persatuan yang telah dan akan dirancang.

Beliau berharap usaha kerja amal yang murni itu terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat khususnya guru-guru.

Pada majlis itu, Presiden PPPPPM Sabah Datuk Zukifli Jaafar telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 untuk dana PPPPPM Cawangan Keningau yang diterima oleh Pengerusinya Razalie J Ensin.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Jaafar Matamin, mantan Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau Abdul Karim Ismail dan Pengerusi Pelaksana Johnny Kadau.

Advertisement