Anda di sini

Sarawak sambut baik cadangan guna kamera badan

Advertisement
Talib ketika ditemui oleh pemberita hari ini.
Talib ketika ditemui oleh pemberita hari ini.

KUCHING: Sarawak sedia menerima sebarang pembaharuan demi pembangunan negara dengan syarat ia dilaksanakan dengan niat ikhlas dan praktikal.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, adakalanya beberapa pembaharuan yang dilakukan dilihat tidak praktikal kerana tiada kajian terperinci dilakukan.

“Sarawak sedia terima pembaharuan asalkan praktikal untuk dilaksanakan termasuk cadangan memasang kamera badan pada pegawai penguatkuasa seperti polis, imigresen dan kastam.

“Ada segelintir pemimpin dari Semenanjung datang ke Sarawak sebut macam-macam cadangan tetapi di negeri sendiri tidak dilaksanakan,” katanya ketika ditanya media berhubung pelaksanaan penggunaan kamera badan pada pegawai penguatkuasa oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Perbincangan Menteri Bersama Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)  Siri 22 Bil. Tahun 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pelaksanaan itu akan menggangu privasi pegawai penguatkuasa, Talib bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Setakat ini, saya tidak dapat memberi komen kerana saya tidak mempunyai maklumat terperinci berkenaan perkara ini (penggunaan kameran badan).

“Bagaimana saya harap Kerajaan Persekutuan membuat kajian secara terperinci berkenaan perkara ini sebeluim melaksanakannya,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam laporan Bernama berkata, Kerajaan  Persekutuan bersetuju melaksanakan penggunaan kamera badan pada anggota penguatkuasa bagi menangani kes salah laku pegawai.

Menurutnya, syor penggunaan kamera badan itu dipersetujui memandangkan terdapat pelbagai dakwaan salah laku pegawai semasa bertugas seperti memukul orang yang disiasat.

“Pegawai akan pasang kamera di badan dia dan apabila dia bercakap atau orang bercakap boleh rekod. Kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh pegawai ke atas pelanggan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di Putrajaya pada  19 September lalu

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, tarikh pelaksanaannya belum diputuskan memandangkan ia melibatkan kos kepada kerajaan.

Terdahulu, Talib dalam ucapannya berkata, pegawai CeIO yang bertauliah dan diakrediatsi memainkan peranan penting untuk memupuk dan meningkatkan integrityi dan nilai-nilai beretika  dalam sesebuah organisasi.

Mereka katanya, ditauliah dalam pengurusan integriti kerangka kerja undang-undang yang diperlukan, system pemantauan dan kepatuhan , memupuk toleransi sifar terhadap penipuan, rasuah, pemyelewengan dan penyalahgunaan kuasa  serta keupayaan untuk menyediakan pelan tindakan sesebuah organisasi.

“Justeru, saya yakin dengan penempatan CEIO di jabatan dan agensi  Kerajaan Negeri , kita dapat mempertimbangkan  sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan adil  sekali gus memartabat dan membudayakan integrity dalam kalangan pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan agensi tersebut,” ujarnya.

Hadir sama pada sesi perbincangan itu ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri,  Adena Jed.

  • oleh
  • Advertisement