Anda di sini

Pemenang ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’ terima hadiah kemenangan

Advertisement
 Daryl  (tiga kiri) bersama Tan (kanan) merakam kenangan bersama pemenang Peraduan Beli dan Menang ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’ dalam majlis ringkas di Happy Farm Fresh Mart, Tabuan Tranquilty semalam.
PROMOSI: Daryl (tiga kiri) bersama Tan (kanan) merakam kenangan bersama pemenang Peraduan Beli dan Menang ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’ dalam majlis ringkas di Happy Farm Fresh Mart, Tabuan Tranquilty semalam.

KUCHING:Seramai  lapan pelanggan bertuah Happy Farm Fresh Mart membawa pulang hadiah Peraduan Beli dan Menang ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’ anjuran Lian Hua Seng Livestock Sdn Bhd.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Lian Hua Seng Livestock Sdn Bhd, Darryl Wee Ho Nyan dan Eksekutif Jualan dan Pemasaran Lian Hua Seng Livestock Sdn Bhd, Tan Yew Kheng di Happy Farm Fresh Mart, Tabuan Tranquility semalam.

Pemenang pertama dimenangi oleh Kok Yee Kiong dengan berjaya membawa pulang hadiah berupa  satu unit telefon bimbit Iphone XR (256GB) bernilai RM4,299.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Tan Geok Kee dan Sheren Chung Pei Hong.

Mereka masing-masing memenangi hadiah berupa satu unit 10.5 “ Ipad Air (256GB) dengan celular  dan Wi-Fi bernilai RM3,339 dan satu unit Apple Watch Series 4 bernilai RM1,899.

Lima pemenang hadiah sagu hati masing-masing membawa pulang baucar tunai bernilai RM50 dengan dua kotak ‘My Happy Selenium Health Egss’.ialah Tok Ai Yan, Daryl Lai Wei Leong; Tan Eng Kwang; Shaun Ho Zing Loong dan Cindy Chen Shin Yii.

Kesemua pemenang telah menyertai peraduan itu di semua pasar raya Happy Farm Fresh Mart di bahagian Kuching dengan membuat pembelian RM10 dan ke atas ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’ dari 26 Julai hingga 1 September lalu.

Selain menghargai sokongan para pelanggan dan pasar raya terhadap ‘My Happy Selenium Healthy Eggs’, peraduan itu juga bertujuan mempromosikan kebaikan dan perbezaan telur tersebut.

Advertisement