Anda di sini

Pelajar perlu amal gaya hidup sihat

Advertisement
 Johari menyampaikan susu sekolah kepada pelajar terlibat.
TERIMA KASIH: Johari menyampaikan susu sekolah kepada pelajar terlibat.

SANDAKAN: Pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten dengan membudayakannya setiap hari selain menitikberatkan penjagaan kesihatan.

Pengerusi Persatuan Sukarelawan Anak Sabah sebagai Ikon Belia, Dr Mohd Johari Mohd Shafuwan berkata, pendedahan kepada gaya hidup sihat dalam kalangan murid perlu dipupuk bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD).

“NCD adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada orang lain, contohnya penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan jangkitan pernafasan,” katanya.
 
Beliau berkata, NCD berpunca daripada gaya hidup tidak sihat contohnya diet tidak seimbang dan kurang bersenam.

“NCD boleh dicegah dengan pemakanan seimbang dan senaman berkala seperti shuffle dan zumba,” katanya ketika Program Kecergasan (Shuffle) menangani NCD sempena Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum Batu 16, kelmarin.

Johari berkata, Hari Susu Sekolah Sedunia pula adalah untuk menggalakkan murid-murid meminum susu sebagai sumber nutrien, vitamin dan tenaga untuk pertumbuhan yang sihat.

Objektif program adalah untuk memupuk kesedaran pelajar mengenai kepentingan gaya hidup sihat bagi mencegah NCD.

Golongan pelajar juga seharusnya prihatin terhadap keperluan beriadah, bersukan, melakukan aktiviti fizikal, menjaga amalan pemakanan, mempunyai rehat mencukupi. 

Aktiviti program itu dimulakan dengan ceramah disampaikan oleh Johari yang bertajuk 'Gaya Hidup Sihat Bagi Mencegah NCD', aktiviti zumba yang dikendalikan oleh Kumpulan Zumba Super Mak PPR Taman Gum-Gum Jaya dan aktiviti shuffle diwakili pelajar SMK Gum-Gum.

Turut hadir, Wirawati Parti Warisan Gum-Gum Nora Alfredoe Dino dan guru-guru.

 Johari bergambar bersama pelajar serta Kumpulan Zumba Super Mak PPR Taman Gum-Gum Jaya.
HIDUP SIHAT: Johari bergambar bersama pelajar serta Kumpulan Zumba Super Mak PPR Taman Gum-Gum Jaya.
  • oleh
  • Advertisement