Anda di sini

Pasukan G-Builders Team 9 muncul juara Sarawak Energy Cup 2019

Advertisement
 Charles (duduk empat kanan) dan Aziz (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerjun selepas sidang media petang semalam di sebuah hotel di sini.
DITERUSKAN: Charles (duduk empat kanan) dan Aziz (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerjun selepas sidang media petang semalam di sebuah hotel di sini.

KUCHING: G-Builders Team 9 muncul juara Sarawak Energy Cup 2019 selepas menewaskan 15 pasukan lain yang bersaing merebut gelaran utama kejohanan badminton pada 5 hingga 8 September lalu.

Pasukan itu mengalahkan SEB Baleh di peringkat akhir bagi memenangi trofi Kejohanan Sarawak Energy Cup, pingat dan wang tunai RM8,000.

Naib juara dimenangi SEB Baleh menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan pingat manakala dua pasukan berkongsi tempat ketiga iaitu Club Ace dan Pebadas Kenyalang Airways masing-masing menerima wang tunai RM2,000.

Sementara itu, G-Builders Team 6 membawa pulang Sarawak Energy Plate dan wang tunai RM2,000 manakala naib johan  dimenangi Dewan Badminton Stapok menerima wang tunai RM1,000.

Pemenang hadiah ketiga bersama dimenangi CK Badminton Club dan G-Builders Team 8 dengan masing-masing berjaya membawa pulang RM500.

Bagi Sarawak Energy Shield pula dimenangi Pebadas GST dengan menerima hadiah wang tunai RM500 sementara naib juara yang jatuh kepada Excellence berjaya membawa pulang wang tunai RM300.

Naib Presiden Eksekutif Strategik dan Pembangunan Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB), Ting Chin Zung yang juga Pengerusi Penganjur Sarawak Energy Cup  menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Turut menghadiri majlis penyampaian itu ialah Naib Presiden Bekalan Elektrik Luar Bandar SEB, Dr Chen  Shiun.

Kejohanan tahunan itu dibuka kepada semua rakyat Sarawak dan matlamat utama adalah untuk mempromosikan permainan badminton di negeri ini selain memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan persahabatan dan bersatu melalui sukan.

Kejohanan itu menampilkan acara berpasukan dengan beberapa kategori iaitu lelaki beregu terbuka, lelaki beregu novis, lelaki berergu (kategori jemputan), lelaki berergu campuran (terbuka dan jemputan) dan lelaki beregu veteran dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebh  RM20,000 bagi semua kategori.

Sempena Sarawak Energy Cup, klinik badminton juga dianjurkan bersama bekas pemain kebangsaan Zakry Latif, Razif Latif, Arif Latif dan Mohd Razlan pada 8 September yang berjaya menarik 150 pelajar.

Advertisement