Anda di sini

Hutan Simpan Cliff Batu Bungan hangus terbakar

 Kawasan hutan yang didapati terbakar pagi semalam.
TRAGIK: Kawasan hutan yang didapati terbakar pagi semalam.

MIRI: Hutan Simpan Cliff Batu Bungan di kawasan Gunung Api Mulu dekat sini dilaporkan hangus dalam kebakaran pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, kawasan bukit yang terbakar itu difahamkan pada ketinggian lebih kurang 100 meter.

“Laporan kebakaran hutan melibatkan trail Cliff Batu Bungan, laluan sungai ke ‘clearwater’ dan trail ke Gua Lagang Mulu.

“Lokasi kebakaran di hadapan Kampung Batu Bungan Mulu yang menempatkan kampung masyarakat Penan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Law berkata, sumber air terdekat adalah di Sungai Tutoh atau Kuala Melinau.

Beliau telah memohon khidmat helikopter bomba untuk balik membantu memadamkan kebakaran di Mulu.