Anda di sini

Gereja Methodist Iban Miri terima peruntukan UNIFOR

Advertisement
 Lee (tujuh kiri) menyampaikan cek bernilai RM250,000 daripada UNIFOR kepada Gereja Methodist Iban Miri di Lutong semalam.
TERIMALAH: Lee (tujuh kiri) menyampaikan cek bernilai RM250,000 daripada UNIFOR kepada Gereja Methodist Iban Miri di Lutong semalam.

MIRI: Gereja Methodist Iban Miri menerima peruntukan daripada Unit Untuk Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM250,000 bagi menambah baik kemudahan tempat ibadah agar lebih selesa digunakan.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata gereja tersebut yang dibuka kepada awam sejak 16 Februari lalu hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Dua tahun lalu, jawatankuasa gereja melancarkan tabung membina gereja itu dan siap sepenuhnya untuk orang awam beribadah,” katanya di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu beliau banyak menerima pemohonan untuk UNIFOR bagi membaik pulih gereja, tokong, kuil dan sebagainya.

“Meskipun peruntukan diberikan daripada UNIFOR bukannya jumlah yang penuh namun kerajaan negeri tetap membantu rumah-rumah ibadat di negeri ini mengikut keperluan,” jelasnya.

Katanya UNIFOR ditubuhkan dengan peranan utama menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat menganut agama lain selain Islam di Sarawak.

Menurutnya, UNIFOR memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi menyediakan kemudahan ibadat untuk semua lapisan masyarakat di Sarawak, bagaimanapun menerima permintaan bernilai RM213.8 juta.

“Untuk rekod, permintaan peruntukan diterima UNIFOR setiap tahun meningkat misalnya pada 2017, sejumlah RM128.8 juta peruntukan diterima UNIFOR namun jumlah bajet diluluskan pada 2017 hanya RM15 juta.

“Meskipun permohonan bertambah, Kerajaan Sarawak tetap memastikan peruntukan diberikan digunakan dengan baik untuk kesejahteraan agama di negeri ini,” ujarnya.

Peruntukan itu juga bagi membantu agama lain, badan dan pertubuhan agama melaksanakan aktiviti, membina serta membaik pulih rumah ibadah mereka.

“Menerusi bantuan kewangan diberikan kepada rakyat bukan Islam di Sarawak, membolehkan mereka melaksanakan program yang dirancang dan mempunyai tempat beribadah selesa,” katanya.

Malah, sebagai wakil rakyat kepada komuniti pelbagai kaum dan kepercayaan, kita harus berkhidmat untuk semua tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Advertisement