Anda di sini

Beberapa kubur di Riam kena selongkar

Advertisement
kubur di Tanah Perkuburan Angelican, Riam, Miri rosak akibat diselongkar oleh penyangak kubur pada pagi Ahad.
Antara kubur di Riam rosak akibat diselongkar oleh penyangak kubur pada Ahad.

MIRI: Seorang pemuda berusia 26 tahun tampil membuat laporan polis selepas mendapati beberapa kubur di Riam diceroboh penyangak kubur pada Ahad.

Perbuatan menyelongkar kubur dipercayai dengan niat mencuri barang ditanam bersama si mati disedarinya kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian itu dan mengarahkan anggotanya menyiasat kes terbabit.

"Pengadu bersama ibu telah pergi ke kubur datuknya untuk bersembahyang. Sebaik sahaja pengadu sampai, pengadu mendapati kubur datuknya telah dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali dan beberapa barang milik arwah datuknya telah dikeluarkan dari kubur tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengadu pada masa sama mendapati beberapa buah kubur lain di sekitar kawasan tersebut juga diceroboh dan dirosakkan.

Menurut pengadu lagi, kali terakhir kubur tersebut dilawat adalah pada minggu lepas.

Beberapa gambar kesan perbuatan menyelongkar kubur berkenaan turut tular di laman sosial sejak malam tadi.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan (pencerobohan di tempat perkuburan).

  • oleh
  • Advertisement