Anda di sini

Trump arah sekatan baharu terhadap Iran

Advertisement
 Pekerja dilihat membaiki kerosakan di kemudahan minyak Aramco di Abqaiq, Arab Saudi kelmarin. — Gambar Reuters
ROSAK: Pekerja dilihat membaiki kerosakan di kemudahan minyak Aramco di Abqaiq, Arab Saudi kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan ia akan menghantar tentera tambahan ke rantau Teluk ekoran serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi yang ia kaitkan de-ngan Iran, hanya beberapa jam sahaja selepas Presiden Donald Trump meng-arahkan sekatan baharu ke atas Tehran.

Trump berkata sekatan itu merupakan yang paling keras setakat ini ke atas sebuah negara lain, tetapi memberitahu beliau tidak merancang serangan tentera, sambil menganggap kesabaran sebagai tanda kekuatan.

Jabatan Perbendaharaan memperbaharui tindakan terhadap Bank Negara Iran selepas pegawai AS berkata Tehran melancarkan sera-ngan pada hujung minggu ke atas infrastruktur minyak Arab Saudi, yang menyebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Serangan itu, digabung dengan serangan Iran ke atas sebuah dron pengintipan AS pada Jun lalu, merupakan “peningkatan keagresifan Iran yang dramatik”, kata Setiausaha Pertahanan Mark Esper.

Ketua Pentagon meng-umumkan AS akan menghantar tentera tambahan ke rantau Teluk atas permintaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

“Sebagai jawapan kepada permintaan negara itu, presiden telah meluluskan pengerahan tentera AS, yang akan bersifat pertahanan, dan pada asasnya memberi tumpuan kepada pertahanan misil dan udara,” kata Esper.

Bagaimanapun Ketua Turus Angkatan Tentera Joe Dunford menganggap pengerahan itu sebagai “se-derhana”, dengan jumlah anggota tentera yang dijangka tidak akan mencapai angka ribuan.

Pada awal kelmarin, Trump menyelar pengkritik yang menyatakan hartawan yang menjadi presiden itu akan mencetuskan peperangan, dan golongan yang mahukan tindakan ketenteraan.

“Perkara paling mudah untuk saya buat adalah me-musnahkan 15 perkara pen-ting yang berlainan di Iran,” kata Trump.

“Tetapi saya rasa pendekatan orang tegas dan perkara yang menunjukkan kekuatan adalah menunjukkan sedikit kesabaran,” katanya.

Trump pada Jun lalu meluluskan serangan tentera selepas Iran menembak jatuh dron pengintipan AS, tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir.

Arab Saudi kelmarin me-nunjukkan kerosakan meluas akibat serangan berkenaan ke atas kemudahan syarikat gergasi kerajaan Aramco di Khurais dan kemudahan pemprosesan minyak terbesar di dunia di Abqaiq.

Abqaiq diserang sebanyak 18 kali manakala Khurais diserang empat kali dalam serangan yang mencetuskan beberapa letupan dan kebakaran besar yang memakan masa berjam-jam untuk dipadamkan, kata pegawai Aramco.

Aramco menerbangkan puluhan wartawan antarabangsa ke dua tapak tersebut untuk menunjukkan bahawa ia sedang mempercepat-kan kerja membaik pulih, seterusnya memberi akses yang jarang sekali diberikan ke pusat nadi pengeluar mi-nyak terbesar di dunia dalam usahanya untuk menguatkan keyakinan pelabur menjelang rancangan bagi tawaran awam awal (IPO).

Sementara itu puak pemberontak Huthi di Yaman, yang berulang kali me-nyasari infrastruktur Saudi yang penting sejak beberapa bulan dalam serangan me-rentasi sempadan, tanpa diduga mengumumkan lewat kelmarin bahawa mereka merancang untuk meng-hentikan semua serangan ke atas negara itu.

Langkah itu, kata mereka, merupakan sebahagian daripada inisiatif keamanan untuk menamatkan konflik yang memusnahkan negara mereka selain mengorbankan puluhan ribu orang – kebanyakannya warga awam – dan mengancam jutaan lagi dengan kebuluran.

Iran menafikan tuduhan AS dan Arab Saudi bahawa ia melengkapi puak Huthi dengan senjata.

AS sudah mengenakan se-katan menyeluruh ke atas Iran termasuk ke atas bank negaranya, dan sesiapa yang berurusan dengannya boleh didakwa, kerana program nuklear yang didakwa dijalankan oleh Tehran.

Namun sekatan baharu kelmarin dikenakan bagi sebab tambahan iaitu “terorisme”, kata Jabatan Perbendahara-an, dan menambah Bank Negara Iran telah memberi “berbilion dolar” kepada dua kumpulan yang disenarai hitam oleh AS.

“Tindakan Perbendahara-an menyasari mekanisme pembiayaan penting yang digunakan oleh rejim Iran untuk menyokong rangkai-an pengganas, termasuk Tentera Qods, Hizbullah dan puak militan lain yang menyebar keganasan dan menggugat kestabilan di rantau itu,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin. — AFP

Advertisement