Anda di sini

Siong How buka cawangan kelapan di Boulevard Kuching

 Ho (enam kiri), Lo (tujuh kiri) dan Soh (lapan kiri) merakamkan gambar                        bersama tetamu dan pembekal pada pembukaan rasmi Siong How di Boulevard Kuching, semalam.
TERBAHARU: Ho (enam kiri), Lo (tujuh kiri) dan Soh (lapan kiri) merakamkan gambar bersama tetamu dan pembekal pada pembukaan rasmi Siong How di Boulevard Kuching, semalam.

KUCHING: Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd membuka secara rasmi cawangannya yang kelapan di Pusat Beli-Belah Boulevard di sini, semalam.  

Bagi meraikan pembukaan cawangan baharu itu, Siong How mengadakan promosi jualan dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.

Tawaran tersebut adalah sah sehingga hari ini, 22 September termasuk promosi pada jam 3 petang.

Cawangan Siong How kelapan itu mempunyai lebih daripada 20 jenama dan menawarkan pelbagai produk seperti peti sejuk, kipas, televisyen, pendingin udara, pengering rambut, telefon pintar, dapur mema-sak dan banyak lagi.

Menurut Pengarahnya Lo Kok How, cawangan itu adalah yang terbesar dan dikembangkan kepada produk kertas dinding dan lantai.

“Kami ingin berterima kasih kepada pelanggan setia kami atas sokongan kuat mereka selama ini.

“Cawangan kelapan kami ini adalah yang terbesar bagi memperkukuhkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan kami,” katanya pada pembukaan rasmi semalam.

Majlis pembukaan itu turut disertai dengan pertunjukan tarian singa, pemotongan reben, jamuan ringan serta hiburan untuk kanak-kanak.

Siong How merupakan pengedar bagi produk jenama Samsung, Panasonic, LG, Sharp, Midea, Philips, Alpha, Beko, Cornell, Morgan, Electrolux, ELBA, Joven, KDK, Milux, Mitsubishi, Pensonic, Rinnai, Haier, Toshiba, Karcher, Zenne, Butterfly, Zanussi, Morphy Richards, Huawei, Vivo dan Acer.

Produk-produk itu turut disertakan dengan jaminan sehingga lima tahun dan khidmat kredit Aeon juga disediakan.

Cawangan kelapan itu terletak di aras satu sayap baharu Boulevard dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.sionghow.com.my atau hubungi nombor 082-666339.

Turut hadir Pengarah Siong How Soh Sey Lan dan Pengurus Cawangan Alvin Ho.