Anda di sini

Ribuan sertai rapat umum menentang keganasan terhadap wanita di Sepanyol

Advertisement
 Kaum wanita melaungkan slogan ketika menyertai demonstrasi untuk membantah keganasan terhadap wanita  di Sol Square di Madrid, Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters
MARAH: Kaum wanita melaungkan slogan ketika menyertai demonstrasi untuk membantah keganasan terhadap wanita di Sol Square di Madrid, Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters

MADRID: Penunjuk pe-rasaan memenuhi jalan-jalan yang dibasahi hujan di Madrid dan puluhan bandar lain di Sepanyol kelmarin untuk menarik perhatian kepada keganasan terhadap wanita dan menuntut tindakan yang lebih tegas.

Sambil melaung “Mereka membunuh kami” dan membawa poster yang menyebut “Tidak ada justifikasi” atau “Nyawa wanita penting”, beberapa ribu penunjuk perasaan, kebanyakannya wanita, memenuhi dataran tengah Puerta del Sol walaupun ribut petir berlaku untuk menyertai rapat umum yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan hak wanita.

Kebanyakan mereka me-ngenakan pakaian serba unggu, warna bagi pergerakan feminis, atau membawa lilin, tanglung, lampu suluh dan telefon bimbit untuk memperingati mangsa keganasan domestik.

Protes sama diadakan di bandar raya dan bandar seluruh negara dari San Sebastian di utara hingga ke Seville di barat daya, selain di Kepulauan Canary milik Sepanyol di Lautan Atlantik.

Demonstrasi itu diada-kan selepas siri kes rogol berprofil tinggi selain pe-ningkatan dalam jumlah wanita yang mati di tangan pasangan atau bekas pasa-ngan mereka.

“Musim panas ini ternyata kejam, dengan angka bagi keganasan jantina yang mengerikan bagi sebuah negara yang telah merintis undang-undang” menentang keganasan jantina, kata Covadonga Peremarch, selaku jurucakap bagi pe-nganjur protes, Feminist Emergency, kepada radio Cadena Ser sebelum protes diadakan.

Setakat ini pada tahun ini, seramai 42 wanita telah dibunuh dalam serangan keganasan domestik, termasuk 19 pada musim panas, me-nurut perangkaan kementerian dalam negeri.

“Kenapakah mereka membunuh kami? Dan kenapakah mereka (ahli politik) membenarkannya? Masanya sudah tiba bagi mereka untuk membuat sesuatu dan itulah sebabnya kenapa kita berada di sini, dalam hujan dan de-ngan kemarahan kita,” kata Ana Maria Cano, seorang pembantu tadbir berusia 53 tahun, kepada AFP di rapat umum di Madrid.

Parlimen Sepanyol pada 2004 sebulat suara meluluskan undang-undang pertama di Eropah yang secara khusus menyasari keganasan berasaskan jantina dan memberi bantuan guaman percuma selain menubuhkan mahkamah khas untuk mangsa.

Pada hujung 2017, Parlimen Sepanyol sebulat suara meluluskan siri langkah yang direka untuk memperkukuh-kan lagi undang-undang asal.

Namun demikian, seramai 1,017 wanita di Sepanyol sudah kehilangan nyawa di tangan pasangan atau bekas pasangan mereka sejak kerajaan negara mula secara rasmi untuk mengira kematian ini pada 2003. — AFP

Advertisement