Anda di sini

NAIM beri peluang komuniti nikmati hidup berkelas tinggi

 Ruangan kediaman bangunan paling tinggi di Borneo ‘The Peak Condominium Homes’, Bintulu membawa kemewahan di dalam bandar industri itu.
MENCECAH AWAN: Ruangan kediaman bangunan paling tinggi di Borneo ‘The Peak Condominium Homes’, Bintulu membawa kemewahan di dalam bandar industri itu.
 Naim Sapphire terletak di dalam kawasan strategik pembangunan dalam bandar raya Kuching.
STRATEGIK: Naim Sapphire terletak di dalam kawasan strategik pembangunan dalam bandar raya Kuching.

KUCHING: Salah satu peneraju pemaju hartanah dan kontraktor, Naim Group of Companies (NAIM) membolehkan komuniti mendapat rasa hidup berkelas tinggi di peringkat berlainan kemampuan.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran NAIM, Kenneth Low berkata kumpulan tersebut telah menyediakan barisan hartanah yang dikelaskan untuk tahap kemampuan tertentu di Kuching, Bintulu dan Miri.

“Paling penting, hartanah yang kita bangunkan menepati cita rasa, mendapat sentuhan mewah yang dibawakan untuk komuniti di sini.

“’Naim Sapphire Condominium Homes’ di Kuching tetap paling laris di dalam wilayah ini. Ia terletak di dalam kawsan pembangunan bersepadu juga merupakan Pemenang Anugerah Star Property.my bagi kategori ‘Pembangunan Bintang Borneo’.

Rumah-rumah mewah ini mempunyai konsep minimalis tropika kontemporari dan pelbagai keselamatan, dilengkapi dengan lebih daripada 72,000 kaki persegi kemudahan gaya hidup.

Beberapa kemudahan yang lengkap termasuk kolam renang, ‘Lounge Eksklusif Residen, sauna dan taman bumbung di tingkat 19 yang menawarkan pemandangan panoramik yang indah bandar raya Kuching.

Kenneth berkata Sapphire juga dijangka menawarkan potensi pelaburan yang menarik pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berada di Bintulu, Kondominium ‘The Peak’ iaitu pemenang Anugerah Merit dari kategori ‘Pembangunan Bintang Borneo’ Star Property.my, Naim ‘ merupakan kondominium tertinggi di Borneo.

‘The Peak’ di Bintulu berdiri megah dengan 34 tingkat ketinggian juga menawarkan pelbagai kemudahan gaya hidup berkaitan kesihatan seperti gim dan kolam renang kanak-kanak, kawasan BBQ ala-ala resort.

Sementara itu di Miri, ‘Naim Southlake Permyjaya’ didirikan di dalam kawasan seluas 450 ekar dan mempunyai kawasan persekitaran laman yang indah.

Kawasan hartanah tersebut mempunyai tasik berkeluasan 30 ekar dengan kemudahan lain seperti Naim Clubhouse dan lain-lain kemudahan rekreasi.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai potensi Naim SouthLake Permyjaya dan Naim Quince Ville Terrace yang baru dilancarkan baru-baru ini boleh datang terus ke bilik pameran berdekatan pada waktu pejabat.

Atau lawati ekspo ruangan S1 di Ekspo Hartanah SHEDA yang akan diadakan di BCCK pada 20 sehinga 22 September ini.

Juga boleh menghubungi Galeri Jualan Naim di +6 082-416288 atau  + 6011 -31921564 (Laurence) (Kuching), + 6086-343881 / + 60109870999 (Kelly) (Bintulu) dan + 6085-491000 / + 6013-8337873 (Esther) (Miri).

Boleh juga melayari www.naim.com.my dan www.naimproperties.com.my, layari www.facebook.com/Naimproperties.