Anda di sini

Jutaan kanak-kanak lancar mogok iklim global

 Seorang aktivis alam sekitar kelihatan memakai kostum diperbuat daripada beg plastik, ketika menyertai jutaan kanak-kanak di seluruh dunia yang melancarkan mogok iklim global, berhampiran pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli di Bangkok, Thailand semalam. — Gambar Reuters
SELAMATKAN PLANET: Seorang aktivis alam sekitar kelihatan memakai kostum diperbuat daripada beg plastik, ketika menyertai jutaan kanak-kanak di seluruh dunia yang melancarkan mogok iklim global, berhampiran pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli di Bangkok, Thailand semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY: Kanak-kanak di Australia dan Kepulauan Pasifik melancarkan mogok iklim global yang melibatkan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia semalam – untuk menyahut seruan aktivis remaja Greta Thun-berg dan menuntut golo-ngan dewasa mengambil tindakan untuk mengelak bencana alam sekitar.

Dari Sydney hingga ke Seoul dan Sao Paolo, kanak-kanak akan menutup buku teks mereka untuk apa yang dijangkakan adalah salah satu seruan kolektif paling besar dalam sejarah untuk bertindak dalam pergerakan yang didorong oleh media sosial di bawah hashtag #climatestrike.

Lebih 5,000 acara dirancangkan di seluruh dunia, yang akan berakhir dengan satu rapat umum besar-besaran di New York, di mana 1.1 juta pelajar di kira-kira 1,800 sekolah awam telah dibenarkan untuk tidak pergi ke sekolah.

Digelar pergerakan ‘Fridays for Future’, kempen itu mahu kanak-kanak di seluruh dunia memainkan peranan yang lebih aktif untuk memujuk orang dewasa melayan perubahan iklim dengan lebih serius.

Mereka menuntut agar ahli politik dan perniagaan mengambil tindakan drastik yang diperlukan untuk menamatkan pemanasan global, yang menurut saintis akan menyebabkan bencana alam sekitar di bawah trend semasa.

Sehari sebelum mogok itu, Thunberg – gadis berusia 16 tahun dari Sweden yang telah menjadi lambang ke-tegangan antara generasi berhubung pengurusan planet ini – mendakwa penyelesai-an “tidak diendahkan” dan menyeru kepada kanak-kanak untuk mengambil alih tanggungjawab.

“Segalanya penting, apa yang anda buat adalah penting,” katanya dalam satu pesanan video kepada penyokong.

Ketika matahari terbit di atas garisan tarikh antarabangsa, acara bermula di pulau-pulau Vanuatu, Solomons dan Kiribati yang diramal akan ditelan oleh Lautan Pasifik – di mana kanak-kanak melaung “kami tidak akan tenggelam, kami akan berjuang”.

Mereka kemudian disertai puluhan ribu muda-mudi di Australia yang menjadikan #climatestrike hashtag yang paling ‘trending’ di negara itu ketika mereka bersiap sedia untuk berhimpun di Sydney, Melbourne dan puluhan kota dan bandar lain.

Sementara beberapa pihak berkuasa tempatan, sekolah dan perniagaan Aussie telah menggalakkan orang ramai untuk menyertai mogok itu, ada yang memberi amaran bahawa ketidakhadiran mesti dijelaskan.

Ramai pelajar tidak peduli.

“Kami di sini untuk me-nyampaikan pesanan kepada orang yang memegang kuasa – ahli politik, menunjukkan kepada mereka bahawa kami mengambil berat dan ini amat penting bagi kami,” kata Will Connor, 16, kepada AFP di Sydney.

“Jika tidak, kami tidak akan ada masa depan.”

Benua yang amnya panas dan berdebu ini mendapati diri menjadi sasaran perdebatan iklim yang tajam dan alam sekitar yang berubah telah menjadi hakikat hidup harian.

Australia merupakan salah sebuah pengeksport arang batu terbesar di dunia dan terus meluluskan lombong baharu yang begitu besar untuk menyediakan pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa gangguan selama tiga dekad.

Namun ia juga mengalami kesan perubahan iklim yang memburukkan lagi keada-an. Sejak beberapa tahun lalu, kemarau bersejarah, kebakaran semak yang lebih buruk, banjir yang dahsyat dan penceluran Great Barrier Reef telah berlaku.

Kerajaan konservatif Australia – walaupun tidak menafikan sepenuhnya per-ubahan iklim – cuba me-rangka perdebatan sebagai satu pilihan antara pekerjaan atau sasaran karbon dioksida (C02) yang abstrak.

Ahli parlimen perikatan pemerintah Craig Kelly kelmarin memberi amaran kepada kanak-kanak bahawa “segalanya yang diberitahu kepada anda adalah satu pembohongan”.

“Hakikatnya tidak ada kaitan antara perubahan iklim dengan kemarau, jumlah beruang kutub semakin meningkat,” katanya.

Semakin banyak perniagaan yang tidak bersetuju.

“Jumpa anda di jalanan” merupakan mesej daripada tabung pencen Australia, Future Super, yang membantu mendapatkan sokongan 2,000 syarikat kepada kempen pro-mogok yang “bukan urusan seperti biasa”.

Demikian juga, ketua Ama-zon, Jeff Bezos kelmarin berjanji untuk menjadikan syarikat peruncitan dan teknologi gergasi dari Amerika Syarikat itu neutral karbon menjelang 2040 dan menggalakkan syarikat lain untuk turut berbuat demikian.

Sidang Kemuncak Iklim Belia akan berlangsung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini (Sabtu).

Selepas itu Setiausaha Agung PBB akan menganjurkan sidang kemuncak darurat pada Isnin di mana beliau akan menggesa pemimpin dunia untuk meningkatkan komitmen yang mereka buat dalam perjanjian iklim di Paris pada 2015.

Perjanjian itu menyaksikan negara-negara berjanji untuk membataskan peningkatan jangka panjang pada suhu purata Bumi kepada dua darjah Celsius di atas tahap sebelum zaman perindustrian, dan jika boleh kepada 1.5 darjah Celsius. — AFP