Anda di sini

AirAsia tawar enam juta promosi tempat duduk

KUCHING: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut, kini meraikan 600 juta jumlah tetamu yang diterbangkan dengan jualan hebat yang menawarkan enam juta promosi tempat duduk.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, tambang promosi termasuk untuk semua Ahli AirAsia BIG daripada RM12 ditawarkan bagi penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Juga RM50 untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X serendah RM196 dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Bagi menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk ‘Premium Flatbed’ yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne daripada RM796.

Selain itu, nikmati diskaun 16 peratus apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi ‘Pick-A-Seat’ bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40 peratus untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60 peratus untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran itu dengan perbelanjaan minimum RM200.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September ini sehingga 26 September untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia Karen Chan berkata, sebagai tanda penghargaan kepada 600 juta penumpang, pihaknya berbesar hati untuk menawarkan jualan hebat di seluruh rangkaian.

“Sebagai sebuah syarikat teknologi perjalanan, jualan hebat AirAsia akan menawarkan lebih daripada sekadar promosi penerbangan.

“Jadi, pastikan anda merebut peluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif bagi hotel terpilih, aktiviti dan pakej penerbangan dan hotel apabila anda membuat tempahan di airasia.com,” katanya.

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses terlebih dahulu selama 24 jam mulai 22 September.

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).