Anda di sini

Pompeo kecam serangan Iran ke atas loji minyak Arab Saudi

Advertisement
 Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi Kolonel Turki Al-Malik mempamerkan dron pada skrin yang menurut kerajaan Arab Saudi telah menyerang loji minyak Aramco semasa sidang media di Riyadh, Arab Saudi kelmarin. — Gambar Reuters
BUKTI: Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi Kolonel Turki Al-Malik mempamerkan dron pada skrin yang menurut kerajaan Arab Saudi telah menyerang loji minyak Aramco semasa sidang media di Riyadh, Arab Saudi kelmarin. — Gambar Reuters

RIYADH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo mengecam serangan ke atas prasarana minyak Arab Saudi sebagai satu “tindakan perang”, manakala Riyadh mengemukakan bukti baharu yang menurutnya menunjukkan serangan itu “tidak dapat dinafikan” telah ditaja oleh musuh utama Iran.

Kenyataan itu menimbulkan risiko bagi konflik yang lebih luas di rantau Teluk yang begitu tegang setelah serangan pada hujung minggu lepas ke atas jantung industri minyak di Arab Saudi memusnahkan separuh daripada pengeluarannya, seterusnya menggegarkan pasaran tenaga.

“Ini adalah serangan Iran,” kata Pompeo kepada pemberita kelmarin di atas pesawatnya sebelum beliau mendarat di kota barat Jeddah, dan memanggilnya “satu tindakan perang”.

“Ini adalah serangan pada skala yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.”

Beliau membuat kenya-taan itu ketika Arab Saudi mempamerkan apa yang ia sebut sebagai serpihan 25 dron dan peluru berpandu yang dilepaskan ke dua kemudahan di timur negara, seterusnya menyelubunginya dengan api.

“Serangan itu dilancarkan dari utara dan “tidak dapat dinafikan” telah ditaja oleh Iran,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Turki al-Maliki.

Puak Huthi yang ada kaitan dengan Tehran di negara jiran selatan Arab Saudi, Yaman, mengaku bertanggungjawab, tetapi Washington dan Riyadh me-nolak pengakuan itu.

Namun jurucakap tersebut enggan menyebut sama ada pegawai Saudi percaya Iran akan lambat-laun dibuktikan secara muktamad sebagai dalang.

Pompeo berkata tidak ada bukti bagi laporan media bahawa serangan itu telah dilancarkan dari Iraq – yang tersepit di antara dua penaja utamanya, Tehran dan Washington.

CBS News pada lewat kelmarin memetik seorang pegawai AS yang tidak dinamakan sebagai berkata pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei meluluskan serangan itu, dengan syarat ia dilancarkan dengan cara untuk menafikan pembabitan Iran.

Pegawai AS yang dipetik berkata bukti paling jelas terhadap Iran adalah gambar satelit belum dikeluarkan yang menunjukkan Kor Pengawal Revolusi Iran membuat persiapan untuk serangan di lapangan terbang Ahvaz.

Diplomat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pakar dijangkakan di Arab Saudi untuk mengetuai inkuiri antarabangsa.

Pompeo bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman di Jeddah untuk membincangkan tindak balas kepada serangan berkenaan, yang menjejaskan enam peratus daripada bekalan global.

Sementara itu puak Huthi mengugut untuk menyerang “puluhan sasaran” di Emiriah Arab Bersatu, sebahagian daripada perikatan pimpinan Arab Saudi yang menentang puak pemberontak itu.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali terdahulu memberitahu AFP pentadbiran AS merumuskan serangan itu melibatkan peluru berpandu dari Iran, dan berkata bukti akan dikemukakan di Perhimpunan Agung PBB pada minggu depan.

Naib Presiden AS Mike Pence mengulangi kenyataan Presiden Donald Trump bahawa “kita tidak mahu berperang dengan sesiapa, tetapi AS sudah bersiap sedia”.

Trump, yang sudah me-ngenakan semula sekatan yang telah melumpuhkan ekonomi Iran, berjanji kelmarin untuk “meningkatkan dengan ketara” langkah-langkah, yang mendapat pujian segera dari Riyadh.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, yang turut dikenakan sekatan AS sejak 31 Julai lalu, menyifatkan langkah berkenaan sebagai “menyalahi undang-undang” dan “tidak berperikemanusiaan”.

Langkah Trump merupakan “pengakuan bahawa AS dengan sengaja menyasari rakyat biasa”, katanya di Twitter.

AS mengeraskan pendirian ketika pemimpin tertinggi Iran menolak rundingan de-ngan Washington “pada mana-mana peringkat”.

Kenyataan itu seakan-akan memusnahkan harapan bagi pertemuan yang dramatik antara Trump dengan rakan sejawatannya di Iran, Hassan Rouhani, di PBB pada minggu depan.

Lewat kelmarin AS masih belum mengeluarkan visa untuk Rouhani dan delegasi beliau untuk mesyuarat di New York, kata media kerajaan Iran.

Maliki berkata serangan pada Sabtu lepas tidak berasal dari Yaman, di mana Arab Saudi terbabit dalam konflik yang berpanjangan dengan puak Huthi, “walaupun Iran berusaha untuk memberikan gambaran bahawa ia adalah sedemikian”.

Beliau berkata serangan itu mengatasi keupayaan puak militia berkenaan – yang walau bagaimanapun sudah melancarkan puluhan sera-ngan lebih kecil ke atas negara Arab Saudi. — AFP

Advertisement