Anda di sini

Jerebu: Sri Aman catat bacaan IPU 402, setakat jam 8 pagi

Advertisement
Operasi memadam kebakaran di Sri Aman, semalam. - Gambar ihsan Bomba

KUCHING: Keadaan jerebu di Sri Aman meningkat kepada paras berbahaya hari ini dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 402 setakat jam 8.00 pagi ini. 

Menurut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) manakala empat lagi bahagian Kuching, Sarikei, Samarahan dan Sibu masing-masing mencatatkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 248, 234, 218,  202. 

Tiga  lagi bahagian, Mukah, Bintulu dan Miri masing-masing mencatatkan IPU  tidak sihat dengan bacaan 165, 115 dan 105. 

Bahagian-bahagian lain, Limbang (76), ILP Miri (91), Samalaju (100), Kapit (97), dan SK Kuala Baram 2 (87) iaitu masing-masing mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Dalam pada itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan berkata JAS Sarawak telah mengesan sebanyak sembilan titik panas di negeri ini, setakat jam 6 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, enam titik panas dikesan di Tatau, dua titik panas di Marudi dan satu titik panas di Belaga.

Selain itu sebanyak 788 titik panas dikesan di Kalimantan dan 261 dikesan di Sumatera.
 

Advertisement