Anda di sini

Venezuela bebas tokoh penting pembangkang dari penjara

Advertisement
 Zambrano ditemu bual oleh wartawan sejurus selepas beliau dibebaskan dari penjara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP
BEBAS: Zambrano ditemu bual oleh wartawan sejurus selepas beliau dibebaskan dari penjara di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Venezuela telah membebaskan tokoh pen-ting pembangkang Edgar Zambrano dari penjara, di mana beliau ditahan sejak kegagalan pemberontakan pada Mei lalu, Peguam Negara Tarek William Saab mengumumkan kelmarin.

Zambrano – Naib Presiden Dewan Negara – ditahan di penjara tentera sejak pe-nangkapannya yang dramatik oleh ejen perisikan kerana menyokong pemberontakan gagal yang dianjurkan oleh ketua pembangkang Juan Guaido pada 30 April lalu.

Kerajaan memohon kepada Mahkamah Agung untuk membebaskan Zambrano “ekoran perjanjian yang dicapai oleh kerajaan Venezuela dengan beberapa sektor dalam barisan pembangkang kebangsaan”, Saab menyebut dalam satu kenyataan.

Pembebasan itu dialu-alukan oleh penggubal undang-undang pembangkang Timoteo Zambrano dalam Twitter sebagai permulaan bagi “proses untuk membebaskan tahanan politik”.

Pembebasan Zambrano dipercayai ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin oleh kerajaan Presiden Nicolas Maduro bahawa penggubal undang-undangnya akan kembali ke Dewan Negara yang didominasi pembangkang, selepas mereka meninggalkannya tiga tahun lalu, setelah mencapai persetujuan dengan parti-parti kecil dalam per-ikatan pembangkang.

Langkah itu bertujuan untuk menyisihkan Guaido, yang pada awal kelmarin disahkan oleh Dewan Negara sebagai ketuanya.

Mahkamah Agung pada Mei lalu berkata ia menahan Zambrano di penjara kerana beliau “dengan ketara melakukan jenayah derhaka, konspirasi dan pemberontakan sivil”.

Guaido pada April lalu mengetuai kira-kira 30 anggota tentera dalam usaha untuk mencetuskan pemberontakan bagi menggulingkan Maduro, tetapi selepas ia menyebabkan pertelingkahan berdarah selama dua hari, ia menjadi longlai de-ngan cepat.

Zambrano merupakan seorang daripada 15 penggubal undang-undang yang ditangkap dalam operasi seterusnya untuk menahan penghasut.

Penangkapan Zambrano ternyata paling dramatik dan paling menarik perhatian antarabangsa.

Kereta penggubal undang-undang berusia 64 tahun itu dikepung di luar ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik sebelum ia ditunda, ketika beliau masih di dalam kereta, ke penjara Helicoide yang terkenal kejam, di dalam ibu pejabat agensi perisikan Venezuela, SEBIN.

Wakil Parti Sosialis yang memerintah negara me-ninggalkan Dewan Negara pada 2016 selepas mereka hilang kuasa dalam pilihan raya, dan kerajaan me-nubuhkan badannya sendiri, Dewan Pengundi, untuk menyisihkan badan yang didominasi pembangkang tersebut. — AFP

Advertisement