Anda di sini

Palak Simple terus kuasai puncak Liga Trio Double-Header Megalanes

 (Dari kiri) Awang Nuzul, Muhd Syarifuddin dan Awang Zamri mewakili Putra J Bowlers yang mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Bossku Bowlers.
CIPTA KEJUTAN: (Dari kiri) Awang Nuzul, Muhd Syarifuddin dan Awang Zamri mewakili Putra J Bowlers yang mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Bossku Bowlers.

KUCHING: Palak Simple mengekalkan penguasaan di puncak Liga Trio Double-Header Megalanes meskipun mencatat kekalahan 8-12 kepada pasukan di tangga keempat, Jokers pada minggu lepas.

Pada masa sama, pencabar terdekat Frenz hanya mampu seri 10-10 dengan Limited Bowlers manakala pasukan di tangga ketiga, Bossku Bowlers mencatat kekalahan mengejut 6-14 di tangan Putra J Bowlers.

Pasukan di tangga kelima, SK Bowlers turut tewas 9-11 kepada N’Four FS Bowlers yang kekal di tangga keenam namun Lucky Beez naik ke tangga ketujuh selepas mencatat mata penuh dari perlawanan ‘blind-score’.

Pada masa sama, Isman @ Osman Bin Sri dan Abdul Rahman Mohamad kekal mendahului kategori Individual High Game Handicap di Megalanes Sarawak (MS) namun dicabar Abang Jamallidon di kedudukan kedua.

Abdul Rahim Abu Bakar pula mendahului dalam kategori sama di Megalanes Adventure World (MAW) sambil Abang Jamallidon dan Arturo P’Roque berkongsi tempat kedua.

Pada masa sama, Marzainah Jayamara muncul pilihan utama untuk merebut anugerah ‘Best Female Bowler’ di MS juga mendahului kategori Individual High Series Handicap di MS dan disusuli Mohd Faizal Zainor Halim dan Eleeza Ezzette di kedudukan kedua.

Kategori Individual High Series Handicap di MAW pula masih dikuasai Allexiss O’Neil namun dicabar rakan sepasukan, Mohd Radzri Annuar.

The Jokers pula masih mendominasi kategori Team High Game Handicap di MS dan MAW dengan Frenz dan Palak Simple di kedudukan kedua.

Bagaimanapun, Frenz masih mendahului The Jokers untuk kategori Team High Series Handicap di MS manakala Bossku Bowlers teratas dalam kategori sama di MAW sambil Palak Simple di kedudukan kedua.