Anda di sini

Hari Malaysia peringkat Labuan disambut meriah

Advertisement
 Khalid, Zaitun, Rozman, Amir dan Fary merakam kenangan bersama peserta Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dataran Labuan.
BERSEMANGAT: Khalid, Zaitun, Rozman, Amir dan Fary merakam kenangan bersama peserta Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dataran Labuan.

LABUAN: Hampir 7,000 warga Labuan pelbagai kaum menyaksikan sambutan Hari Malaysia ke-62 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang didakan di Dataran Labuan, baru-baru ini.

Acara yang bermula kira-kira jam 7.45 pagi itu dimeriahkan dengan acara perarakan dan perbarisan 58 kontinjen Fiesta Bunga Raya yang melibatkan 1,500 kanak-kanak tabika dan tadika, diikuti dengan perarakan 13 kontinjen kenderaan daripada agensi kerajaan yang disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Sama.

Antara agensi kerajaan yang menyertai perarakan kenderaan itu adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kesihatan, JKR, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), JPJ, PDRM dan Perbadanan Labuan.

Suasana sepi seketika apabila upacara menaikkan Jalur Gemilang, bacaan ikrar dan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Anak Malaysia.

Turut diadakan ucapan oleh wakil kontinjen Tabika Perpaduan dan seterusnya laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Anak Malaysia.

Sebuah helikopter TUDM turut membuat pertunjukan terbang lintas udara di hadapan tetamu kehormat yang turut memukau orang ramai.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussein, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Mimie D Selvakumar.

Sementara itu, kontinjen Tadika Islam MAIWP muncul juara Perarakan Fiesta Bunga Raya Hari Malaysia kategori Patriotik.

Sementara Tabika Kemas Zon Tiga memenangi kategori Kreatif dan Taska Permata Perpaduan Perumahan MPL dinobatkan perarakan terbaik.

Selain itu, pasukan Prasekolah Zon 1 memenangi kategori Harmoni, Tabika Chi Hwa memenangi kategori peserta paling ramai dan Tadika dari Smart Reader All Centre One memenangi kategori Dinamik.

Advertisement