Anda di sini

Bakakuk terlepas tertembak pemilik

Advertisement
AZMIR
AZMIR

BEAUFORT: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas tertembak senapang buatan sendiri atau bakakuk miliknya semasa mencari kayu di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Batu 59, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila pemotong kayu itu masuk ke hutan bersama anak saudaranya dengan membawa satu laras bakakuk.

"Semasa berada di dalam hutan, bakakuk yang dipegang mangsa terlepas dan tergelincir dari tangannya, menyebabkan tembakan dilepaskan berikutan jari mangsa berada pada picu senapang.

"Tembakan terbabit terkena pada bahagian paha mangsa sebelum anak saudaranya memaklumkan kejadian kepada isteri mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Beaufort kemudiannya dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati terdapat enam butir peluru jenis bore di bahagian paha kanan mangsa akibat tembakan itu.

"Anak saudara mangsa kini ditahan dan polis bagaimanapun masih belum dapat mengambil keterangan mangsa berikutan keadaannya yang masih belum stabil.

"Usaha untuk mengesan senjata mangsa masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960," katanya.

  • oleh
  • Advertisement