Anda di sini

APM daerah Sri Aman serahkan 80,000 topeng muka kepada pusat bencana

Advertisement
 Siti (dua kanan) menyerahkan topeng muka kepada Indit dan disaksikan yang lain.
PENTING: Siti (dua kanan) menyerahkan topeng muka kepada Indit dan disaksikan yang lain.

SRI AMAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman telah menyerahkan sebanyak 80,000 unit topeng muka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dekat sini, pagi semalam.

Pegawai APM Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, topeng muka yang disalurkan itu adalah untuk diedarkan kepada semua agensi kerajaan dan jabatan kerajaan di sekitar daerah ini.

Menurutnya, selain agensi serta jabatan kerajaan, topeng muka itu juga akan diedarkan kepada semua sekolah rendah dan menengah di kawasan yang terjejas jerebu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman di sini, semalam.

Siti menambah, topeng berkenaan turut diagihkan kepada penduduk di sekitar daerah ini.

Terdahulu, penyerahan topeng muka berkenaan telah diterima sendiri Pengerusi Pengerusi Bencana Bahagian Sri Aman selaku Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee serta ketua jabatan kerajaan yang lain.

Sementara itu, kenyataan dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman turut memaklumkan mana-mana agensi mahupun jabatan kerajaan di sini untuk mendapatkan topeng muka berkenaan dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Advertisement