Anda di sini

Ahli politik Korea Selatan cukur rambut tanda bantah menteri undang-undang

Advertisement
 Lee menyertai ahli politik lain mencukur rambut sebagai tanda membantah pelantikan menteri undang-undang baharu di Seoul, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters
TANDA BANTAHAN: Lee menyertai ahli politik lain mencukur rambut sebagai tanda membantah pelantikan menteri undang-undang baharu di Seoul, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Timbalan Speaker Parlimen Korea Selatan menyertai sekumpulan ahli politik semalam yang semakin ramai mencukur rambut mereka sebagai tanda bantahan terhadap seorang menteri undang-undang baharu daripada sebuah keluarga yang sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan.

Presiden Moon Jae-in me-lantik menteri baharu itu, Cho Kuk, pada 9 September, selepas protes awam, perdebatan parlimen dan spekulasi media selama berminggu-minggu tentang dakwaan bahawa anak perempuannya telah menerima layanan baik secara tidak adil daripada universitinya.

“Ia telah menjadi jelas bahawa Cho Kuk tidak dapat menjadi ketua reformasi,” kata Timbalan Speaker, Lee Ju-young, kepada pemberita ketika beliau duduk di luar pagar kediaman presiden Rumah Biru untuk mencukur rambutnya, satu tanda bantahan di Korea Selatan.

Lee menyeru kepada Cho untuk meletak jawatan.

“Arahan tegas rakyat ialah baginya untuk meletak jawatan serta-merta dan disiasat,” kata Lee, yang disertai seorang ahli parlimen pembangkang untuk mencukur rambut.

Lapan ahli parlimen sudah mencukur rambut mereka.

Kontroversi berkisar se-kitar laporan media tentang biasiswa dan manfaat akademik lain yang diberikan kepada anak perempuan Cho, manfaat yang dikatakan tidak mencerminkan prestasi akademiknya.

Pejabat pendakwa selama ini telah menyiasat keluarga Cho, dan pejabat itu enggan membuat kenyataan.

Skandal itu ternyata me-ninggalkan kesan di Korea Selatan di mana orang muda, yang bersaing sengit di sekolah dan universiti, semakin merebut jawatan dalam pasaran pekerjaan yang lembap, dalam sistem yang mereka lihat sebagai dicemari ketidakadilan dan sikap pilih kasih yang memihak kepada golongan elit.

Cho, dalam pendengaran pengesahan parlimen pada Jumaat ini, tidak menafikan anak perempuannya menikmati manfaat akademik.

Beliau menyampaikan “permohonan maaf yang amat mendalam kepada generasi muda” di atas kekecewaan yang mereka rasai disebabkan olehnya.

Nama anak perempuannya yang berusia 28 tahun belum lagi disebut dalam media Korea Selatan dan anaknya belum lagi membuat kenyataan terbuka mengenai kontroversi itu.

Cho merupakan seorang sarjana undang-undang de-ngan reputasi sebagai seorang yang progresif dan pernah menjadi pembantu utama Moon bagi hal ehwal undang-undang.

Moon menyifatkannya sebagai orang yang ideal untuk menjalankan reformasi dalam kementerian undang-undang dan sistem pendakwaan.

Pengkritik sudah sekian lama menuduh badan kehakiman mudah dipengaruhi tekanan politik.

Cho, yang sebagai menteri undang-undang menyelia pejabat pendakwa, berikrar untuk tidak melibatkan diri dalam siasatan ke atas ke-luarganya, dan berkata beliau tidak akan menerima laporan mengenainya. — Reuters

Advertisement