Anda di sini

800 jayakan Sukan SESB 2019

 Pasukan Ibu Pejabat dinobatkan johan SUKSES 2019.
JOHAN: Pasukan Ibu Pejabat dinobatkan johan SUKSES 2019.

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menganjurkan Sukan SESB (SUKSES) 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula 14 Sept sehingga 15 Sept di Komplek Sukan Yayasan Sabah.

Seramai lebih 800 anggota kerja SESB dari seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hadir menyertai dan menyaksikan temasya sukan tersebut yang dianjurkan setiap dua tahun sekali oleh Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) SESB.

Ahli Lembaga SESB Datuk Ir. Peter Lajumin, ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Penutupan Sukan SESB 2019, menyokong penganjuran sukan tersebut sebagai platfom untuk anggota kerja SESB mengeratkan hubungan dan silaturahim.

“Adalah diharapkan lebih banyak program seumpama ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada anggota kerja SESB di seluruh Sabah dan Labuan untuk berjumpa dan sama-sama bertanding secara sihat melalui acara-acara sukan yang disediakan,” katanya.

Katanya, program berkenaan juga merupakan antara inisiatif internal engagement SESB bagi meraikan pekerja-pekerja yang menjadi tulang belakang syarikat.

Hadirsama dalam majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Urusan SESB Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Yang dipertua KSR SESB Mohd Khairul Zawawi Selamat serta barisan pengurusan SESB.

Kemuncak majlis penutupan temasya sukan tersebut menyaksikan perlawanan badminton akhir di antara Zon Metro dan Zon Selatan.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang dua hari temasya ialah Boling, Bola Jaring, Tarik Tali, Sepak Takraw, Futsal dan Badminton.

Penyertaan daripada ahli keluarga dan anak-anak anggota kerja turut mendapat sambutan melalui pertandingan yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak masa kini iaitu Beyblade.

Johan keseluruhan SUKSES 2019 disandang oleh Zon Ibu Pejabat diikuti Zon Tengah sebagai naib johan manakala Zon Utara dinobatkan tempat ketiga.