Anda di sini

15 PTI ditahan PPM cuba masuk secara haram ke negara ini

Advertisement

 Hasrat 15 PTI memasuki negara ini secara curi-curi tidak kesampaian apabila berjaya dikesan dan ditangkap oleh PPM Semporna.
TANGKAP: Hasrat 15 PTI memasuki negara ini secara curi-curi tidak kesampaian apabila berjaya dikesan dan ditangkap oleh PPM Semporna.

SEMPORNA: Cubaan 15 pendatang tanpa izin (PTI) merentas sempadan secara curi-curi memasuki negara ini berjaya digagalkan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM).

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua suspek ditahan di kawasan laut Terus Silapak kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.
 
“Semasa pemeriksaan, kesemua PTI terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, kehadiran semua PTI terlibat yang menaiki sebuah bot pam berwarna putih bertaris hitam dengan tiga enjin berjaya dikesan anggota PPM Semporna yang bertugas.

Pajeri berkata, anggota PPM Semporna memintas perahu terbabit dengan menggunakan botronda PSC71 sebelum menahan dan melakukan pemeriksaan.

“Hasil daripada soal-siasat, juragan dan penumpang-penumpangnya mengaku secara lisan bahawa mereka baru sahaja tiba dari Simunul, Tawi-Tawi, Filipina,” katanya.

Menurutnya, penumpang berkenaan juga mengaku kononnya mereka dikenakan bayaran setiap seorang dengan sejumlah wang kepada juragan perahu.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pasukannya turut menemukan beberapa keping wang Peso Filipina milik juragan dan penumpang, serta barang-barang peribadi.

“Nilai rampasan keseluruhan dalam kes ini dianggarkan berjumlah lebih RM11,000 melibatkan perahu, enjin, propeller shaft, jerikin dan sejumlah wang,” katanya.

Penahanan kesemua suspek dan barang-barang terbabit dijalankan oleh PPM Semporna di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

  • oleh
  • Advertisement