Anda di sini

Pesakit luar di hospital kerajaan meningkat berikutan jerebu

Advertisement
 Dzulkefly ketika sidang media selepas melancarkan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia dan Seminar Keselamatan Pesakit di Putrajaya, semalam. — Gambnar Bernama
JAWAB: Dzulkefly ketika sidang media selepas melancarkan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia dan Seminar Keselamatan Pesakit di Putrajaya, semalam. — Gambnar Bernama

PUTRAJAYA: Terdapat peningkatan antara 20 peratus dan 30 peratus pesakit luar di hospital-hospital kerajaan ekoran situasi jerebu yang melanda negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, terdapat peningkatan 30 peratus pesakit di perkhidmatan oftalmologi yang membabitkan kes mata kering dan alergi konjunktivitis.

“Kami ingin tegaskan fasiliti kesihatan khususnya klinik Kementerian Kesihatan bersiap siaga untuk menangani peningkatan mendadak (kes) akibat jerebu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang Pertama dan Seminar Keselamatan Pesakit di sini semalam.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan Dr Nor Fariza Ngah berkata kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di 42 hospital kerajaan mengalami alergi konjungtivitis yang tidak berjangkit.

Tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan seperti mata merah, berair dan menyebabkan kes mata kering meningkat, katanya.

“Kita nasihati pesakit pakai ‘artificial tears’ yang sesuai dan kurangkan pendedahan kepada aktiviti luaran,” katanya yang juga pakar perunding mata di Hospital Shah Alam.

Beliau menegaskan hospital Kementerian Kesihatan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi terutamanya untuk menghadapi situasi bermusim sedemikian dan telah belajar daripada musim jerebu yang lepas supaya lebih bersedia.

Menurut Dr Nor Fariza, pesakit yang mendapatkan rawatan mata di Hospital Shah Alam berganda daripada 40 orang sehari kepada 80 orang sehari berikutan jerebu. — Bernama

Advertisement