Anda di sini

Penggangur didakwa rogol adik dan sepupu

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, minta dibicarakan atas tuduhan merogol adik dan sepupunya.

Tertuduh yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah setelah dua pertuduhan terbabit dibacakan terhadapnya di depan hakim Elsie Primus, semalam.

Pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol sepupunya yang berusia 3 tahun dari 2010 hingga 2017 di sebuah rumah di daerah Kota Marudu.

Sabit salah boleh dikenakan penjara bagi tempoh 10 tahun hingga 30 tahun dan sebat.

Kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) kanun sama atas tuduhan merogol adik kandungnya yang berusia tiga tahun pada sekitar tempoh masa yang sama dan di tempat sama.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara lapan tahun hingga 30 tahun, serta dikenakan tidak kurang 10 sebat.

Timbalan Pendakwaraya Mas Izatty Lokman membantah ikat jamin diberikan kerana dua mangsa mempunyai kaitan dengan tertuduh.

Namun, peguam Maijol Mahap yang mewakili tertuduh meminta jaminan, memandangkan sekarang ini kedua-dua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan.

Tambahnya, ibu bapa tertuduh yang hadir di mahkamah juga sedia menjadi penjamin anak mereka.

Mas Izatty menekankan, semua pihak yang terlibat adalah ahli keluarga dan hal itu boleh menjadi risiko saksi-saksi pendakwaan akan diganggu.

Sekiranya mahkamah membenarkan, beliau mencadangkan ikat jamin diberikan sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan deposit RM10,000 dicagarkan oleh dua penjamin tempatan untuk setiap pertuduhan.

Salah seorang penjamin haruslah ibu atau bapa tertuduh, selain itu tertuduh hendaklah melaporkan diri di balai polis terdekat sekali dalam sebulan.

Dalam pada itu, pengurusan kes ditetapkan pada 31 Oktober.

  • oleh
  • Advertisement