Anda di sini

Pasukan dari Sarawak juara berganda

Advertisement
 Empat pemenang utama lelaki dan wanita Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2019 merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.
SUKSES: Empat pemenang utama lelaki dan wanita Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2019 merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.

KOTA KINABALU: Pasukan dari Sarawak muncul juara berganda edisi kedua Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2019 yang berlangsung di Juara Futsal Arena, Kg Ketiau, Puatan pada 13-16 September lalu.

Pasukan Seri Kenyalang (PSK) menundukkan juara bertahan, Projek Bola Baling Sabah 12-6 pada perlawanan akhir untuk muncul juara lelaki.

Sarawak Sports Corporation (SSC) kemudiannya menggandakan gelaran juara untuk Sarawak dengan menundukkan Victorian Handball dari Labuan 9-3 pada perlawanan akhir wanita.

Penentuan tempat ketiga bahagian lelaki menyaksikan Rhapsody Selangor mengalahkan Kijang Handball Putrajaya 14-12.

Penentuan tempat ketiga bahagian wanita pula menyaksikan pertembungan dua pasukan Sabah antara Phantom dan PBB KK. Phantom menang perlawanan itu 3-1.

Juara lelaki menerima hadiah wang tunai RM2,000; kedua RM1,500; ketiga RM1,000 dan keempat RM500.

Juara wanita pula menerima RM1,500; kedua RM1,000; ketiga RM700 dan keempat RM500.

Empat pemenang utama kedua-dua bahagian juga menerima trofi dan medal.
 
Kejohanan selama empat hari anjuran Persatuan Bola Baling Sabah (SABHA) itu disertai 37 pasukan yang terdiri daripada 24 pasukan lelaki dan 13 wanita.

Presiden SABHA, Vijaya Kumar Arumugam dalam kenyataan medianya kelmarin berkata, kejohanan itu telah berlangsung dengan sukses.

"Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan memastikan kejohanan ini sukses. Saya harap kejohanan ini mendapat sambutan lebih banyak tahun depan terutamanya penyertaan dari luar Sabah.

"Saya juga ingin berterima kasih atas sokongan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS), MSN Sabah, PJS, Juara Sports Arena, Sekolah Pendidikan Khas Sabah dan TK Enterprise," kata Vijaya.

Vijaya menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

  • oleh
  • Advertisement