Anda di sini

Remaja hilang ketika aktiviti riadah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang remaja dipercayai hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Kampung Dandun Pusan Pitas, Kota Marudu semalam. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu PBKII Gabuh Maradan berkata, Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan pada jam 2.14 petang yang melaporkan terdapat seorang mangsa dipercayai hilang (lemas) semasa aktiviti itu. 

"BBP Kota Marudu seterusnya respon ke atas kes itu menggunakan sebuah kenderaan utiliti ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di sekitar mangsa dilaporkan hilang dengan bantuan orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Beliau berkata, mangsa Kasnil Saak, 19, masih belum ditemukan dan operasi ditangguhkan pada jam 5.24 petang.
 

  • oleh
  • Advertisement