Anda di sini

#TanyaRoshan: Berhenti Mengkhuatiri Prestasi Diri

Advertisement
 

  “Bagaimanakah saya boleh berhenti mengkhuatiri prestasi diri berbanding orang lain? Saya rasa diri kurang berjaya berbanding rakan-rakan lain. Saya rasa diri agak ketinggalan.” Roshan Thiran menjawab soalan mengenai kekhuatiran membuat perbandingan tentang prestasi diri dengan orang lain.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan: berhenti membandingkan prestasi diri dengan orang lain.

Anda sepatutnya membandingkan prestasi diri anda semalam dengan prestasi diri anda hari ini. Setiap seorang bergerak maju mengikut kelajuan sendiri dan mencapai kejayaan pada pelbagai peringkat umur. Contohnya, pelukis Itali Raphael. Beliau diiktiraf sebagai genius seni ketika cuma berusia 17 tahun.

Manakala Kolonel Sanders pula mula mencapai kejayaan dan memulakan francais KFC pertama dalam usia 60-an. Jauh berbeza, bukan?

Usah luangkan masa memberi fokus pada prestasi orang lain.

Apabila anda berbuat demikian, ini bermakna anda mensia-siakan masa anda.

Sebaliknya, fokuslah pada apa yang anda patut lakukan untuk memajukan diri.

Cuma anda seorang yang menghayati kembara hidup anda, dan yang penting adalah pengalaman anda.

Apa yang orang lain lakukan adalah hal mereka. Anda mesti memberi tumpuan pada apa yang anda lakukan.

Yang penting sekali adalah anda mesti komited untuk meneruskan kembara anda.  Seperti kata Martin Luther King Jr.,

“JIKA ANDA TIDAK BOLEH TERBANG, BERLARI; JIKA ANDA TIDAK BOLEH BERLARI, BERJALAN; JIKA ANDA TIDAK BOLEH BERJALAN, MERANGKAK. BIARPUN APA YANG ANDA LAKUKAN, ANDA MESTI TETAP BERGERAK KE HADAPAN.”

— ROSHAN THIRAN

Berkaitan: Infografik: Berhenti Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Sumber
Sumber
Advertisement