Anda di sini

SHAREDA berperanan penting perkenal SABAH-MM2H kepada pelabur asing

Advertisement
 Christina (tengah) menerima cendera kenangan daripada Chew (lima kiri).
TERIMA KASIH: Christina (tengah) menerima cendera kenangan daripada Chew (lima kiri).

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pilihan untuk Program Sabah-Malaysia: Rumah Keduaku (SABAH-MM2H) kepada komuniti luar negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan memberikan sokongan padu kepada pihak SHAREDA dalam usaha mempromosikan program berkenaan di sini.

"Kita sangat menghargai cadangan SHAREDA sebagai pemangkin kepada hala tuju kementerian saya dalam usaha berterusan mempromosikan industri pelancongan di sini.

"Pada masa yang sama, mereka juga akan mengembangkan sektor hartanah dalam negeri ini untuk meningkatkan ekonomi Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam selepas menerima kunjungan hormat daripada SHAREDA diketuai Presidennya Chew Sang Hai.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar juga mencadangkan agar SHAREDA mengadakan kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam mempromosi SABAH-MM2H pada Pameran Perdagangan Antarabangsa di Eropah dan World Travel Market London (WTM London).

Sementara itu, Chew menjelaskan kunjungan hormat dilakukan adalah untuk meminta nasihat serta pandangan bagaimana ahli SHAREDA boleh mengadakan kerjasama dengan pihak kementerian untuk memperkenalkan SABAH-MM2H kepada pelabur asing selain ingin mencapai keputusan dalam situasi menang-menang.

  • oleh
  • Advertisement