Anda di sini

Peraduan Mewarna - Carrie Junior di Mydin Sejati Ujana dapat penyertaan menggalakkan

Advertisement
 Para peserta Peraduan Mewarna Carrie Junior di Sejati Ujana Mydin sempena Sambutan Hari Malaysia 2019.
KUSYUK: Para peserta Peraduan Mewarna Carrie Junior di Sejati Ujana Mydin sempena Sambutan Hari Malaysia 2019.

SANDAKAN: Seramai 48 peserta telah mengambil bahagian dalam Peraduan Mewarna - Carrie Junior yang berlangsung di Pentas Utama, Mydin Sejati Ujana, di sini.

Sebanyak dua kategori mengikut umur telah dipertandingkan iaitu Kategori 5 hingga 8 tahun dan Kategori 9 hingga 12 tahun.

Bagi Kategori 5 hingga 8 tahun, johan telah dimenangi oleh Micky Liw Mee Kee diikuti Nur Rahinah Ag Saidi dan Syazwani Ali Martam masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Manakala, bagi Kategori 9 hingga 12 tahun, johan telah dimenangi oleh Jay Chow Cheong Lok diikuti Keith Chung Voon Honn dan Kong Choi Yung masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ia sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hamper. Manakala peserta lain turut berpeluang membawa pulang hadiah saguhati iaitu sebotol sabun badan dan syampu.

Peraduan berkenaan adalah antara pengisian sempena Sambutan Hari Malaysia 2019 di Mydin Sejati Ujana.

Peraduan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran dua maskot Carrie Junior iaitu Carrie (gajah merah jambu) dan Tommy (penyu).

  • oleh
  • Advertisement