
SANDAKAN: Nuratiqa Umairah Mohd Hisamuddin dan Putri Nur Batrisyah Abdullah masing-masing dinobatkan sebagai johan Pertandingan Busana Cilik Sayangi Malaysiaku yang berlangsung di Pentas Utama, Mydin Sejati Ujana, di sini semalam.
Nuratiqa adalah johan bagi Kategori A iaitu peserta berumur 4 hingga 6 tahun manakala, Putri merupakan johan Kategori B iaitu peserta berumur 7 hingga 9 tahun.
Mereka masing-masing menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Mydin Cawangan Sandakan Zulkifli Yunus.
Bagi Kategori A, naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Safiyah Maisarah dan Putri Nurqalisyah Mohd Normanshah.
Sementara, tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Syeril Destnara Abdullah dan Muhammad Hairul Riduan Abdullah.
Bagi kategori B, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Nur Alliyana Mohd Tahang dan Qisya Adelia Syaharuddin.
Ia diikuti oleh Amirul Hakimi Saziri dan Adrian Syazwana Zabidi masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Seramai 53 kanak-kanak mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori pertandingan itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Malaysia 2019.
Pertandingan itu dibuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mana mereka perlu memakai baju bertemakan warna Jalur Gemilang dan bukannya menggunakan bendera Malaysia sebagai busana.