Anda di sini

Nabil Mahir cari teh tarik terbaik dalam ‘Teh Tarik Road Trip’

Advertisement
Episod di kedai Roti Canai kayu Arang.
Episod di kedai Roti Canai kayu Arang.

MINUMAN teh tarik sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian kaum.

Teh tarik juga menjadi pengikat persahabatan dan keharmonian apabila ramai berkongsi cita rasa yang sama meskipun daripada latar belakang yang berbeza.

Menampilkan Nabir Mahir sebagai hos, ikuti program terbaharu, ‘Teh Tarik Road Trip’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Jumaat, jam 3.00 petang di TV Okey yang mana beliau membawa penonton menjelajah ke seluruh negara menjejak di manakah kedai teh tarik terbaik untuk dikunjungi penggemar minuman ini.    

Lokasi pertama jadi pilihan program 13 episod ini menjelajah ke negeri Johor dengan mengunjungi tiga kedai iaitu Kedai Onn Kitchen, Kampung Baru, Johor Bahru; ADS Corner, Larkin, Johor Bahru; dan Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai.

Di samping menikmati teh tarik, Nabil meluangkan masa berbual dengan pelanggan setia kedai tersebut selain turut menemu bual pemilik kedai mengenai asal-usul dan keistimewaan teh tarik versi kedai mereka. Episod pengenalan ini diwarnai dengan ulasan mengenai keistimewaan negeri ini dalam mengajak penonton untuk melawat ke negeri Johor.

Episod kedua program diteruskan ke Melaka mengunjungi tiga lagi kedai terpilih iaitu Santai Pondok Teh Madu Bard, Krubong, Melaka; Warong Traffic Light, Alor Gajah, Melaka; dan Roti Canai Kayu Arang, Bachang, Melaka.

Menarik kunjungan ke Negeri Sembilan menemubual pemilik restoran dan pengunjung tiga kedai pilihan termasuklah Restoran Makanan Ikhbal, Taman Saga, Seremban; Foodie Republic, Seremban 2; dan Nasi Lemak Senawang, Seremban.

Istimewa episod program ini berada di Lembah Klang (Kuala Lumpur/Selangor) pula menjadi fokus penjelajahan pengacara dan beliau menuju ke tiga lagi kedai untuk merasai keistimewaan teh tariknya di samping hidangan ternama kedai-kedai itu.

Kedai-kedai terpilih kali ini ialah Kelate Kitchen, Setapak, Kuala Lumpur; Maniam Teh Halia, Titiwangsa, Kuala Lumpur; dan Elai’s Teh Tarik, Kajang, Selangor. Episod ini berakhir dengan Nabil mengajak penonton ke Lembah Klang kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan pelbagai makanan untuk dinikmati.

Negeri Pahang tidak kurang banyaknya pilihan kedai makan yang menghidangkan teh tarik istimewa versi mereka yang tersendiri. Tiga lagi kedai dikunjunginya untuk menikmati keistimewaan teh tarik mereka di samping hidangan-hidangan ternama di negeri ini iaitu Kedai Merdeka, Perkampungan Peramu, Kuantan; Warung Selera Mia, Carwash Jalan Merdeka, Kuantan; dan Restoran Alif, Jalan Tun Ismail 8, Kuantan.

Episod enam masih di pantai timur singgah di Terengganu dan mengunjungi tiga kedai makan termasuklah Fauzi Nasi Kerabu, Kampung Kolam, Kuala Terengganu; Nami House Uptown Kontena, Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu; dan Gudang Makang, Kampung Banggul Tuan Muda, Kuala Terengganu.

Hos bertemu bual dengan pelanggan setia kedai-kedai itu dalam sesi lepak dan belanja.

Keistimewaan teh tarik versi kedai makan di Kelantan dikongsikan oleh tiga kedai pilihan yang sememangnya wajib dikunjungi orang ramai yang singgah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini iaitu Kopitiam Kita, Taman Desa Jaya, Kota Bharu; Warong Pak Mat Pulau Pisang, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu; dan Mee Celup Golok, Kok Lanas, Ketereh.

Perjalanan diteruskan Nabil ke negeri Perak dengan mengunjungi tiga lagi kedai untuk menikmati keistimewaan teh tarik mereka termasuklah Nasi Kandar Gany, Taman Tasek Indra, Ipoh; Kafe Setinggan, Bandar Seri Botani, Ipoh; dan Asam Pedas Selera Utara, Jalan Meru Bestari, Ipoh. Ulasan mengenai keistimewaan negeri ini dikongsikan dengan penonton untuk melawat dan menikmati keindahan lokasi ini.

Dari semenanjung mereka ke Sabah dan Sarawak pula dalam dua episod akhir. Pada episod di Sabah, tiga kedai diperkenalkan termasuklah Sri Latha Curry House, Jalan Berjaya, Kota Kinabalu; Fook Yuen, Jalan Gaya, Kota Kinabalu; dan Warung PokDi Kelate, Sulaman Sentral, Kota Kinabalu.

Melengkapkan episod program ini penjelajahan ke negeri Sarawak. Tiga lagi kedai dikunjungi untuk menikmati keistimewaan teh tarik iaitu Kedai Kopi O’Corner, Jalan Satok, Kuching; Dapur Dayang, Temple Street, Kuching; dan R.J. Ayam Bakar, Jalan Abell, Kuching.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement