Anda di sini

Curah bakti bangunkan negara

Advertisement
 Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama ketua-ketua komuniti agama dalam Sambutan Meraikan Perpaduan dalam Kepelbagaian di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama ketua-ketua komuniti agama dalam Sambutan Meraikan Perpaduan dalam Kepelbagaian di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Agar rakyat terus hidup dalam keadaan aman dan sejahtera

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia digesa mencurahkan khidmat bakti sebaik mungkin untuk membangun dan memajukan negara ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia amat diperlukan agar rakyat di negara ini dan Sabah akan terus hidup dalam keadaan aman, sejahtera serta makmur.

"Bersempena dengan Hari Malaysia ini, kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana atas kurnia dan limpah-Nya, kita dapat menyambut ulang tahun pembentukan Malaysia yang ke-56 tahun, pada 2019.

"Negara kita pada hari ini berada dalam keadaan jauh berbeza berbanding di awal pembentukan Malaysia, di mana rakyatnya berada dalam keadaan yang cukup daif.

"Daif bukan hanya dari sudut prasarana, pembangunan kemudahan asasnya, bahkan juga dari segi kesihatan dan pendidikannya," katanya dalam Perutusan Hari Malaysia ke-56, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan sedar dan tahu banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi dalam jangka masa 56 tahun Malaysia sebagai sebuah negara bukan hanya telah berjaya dalam memupuk perpaduan, malah mengekalkan kesatuan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan agama.

Oleh itu, katanya, amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, kaum, suku, agama dan kepercayaan, yang penting kepada rakyat ialah bakti yang dicurahkan kepada negara. 

"Bukan hanya laungan dendangan lagu yang harus kita lontarkan, suarakan, tetapi juga perkhidmatan kita. 

"Khidmat bakti, kita curahkan segala-galanya untuk membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang boleh dihuni oleh masyarakat pelbagai anutan agama dan kaum, supaya generasi akan datang mendapat manfaat yang jauh lebih baik daripada apa yang kita rasa pada hari ini," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement