
KOTA KINBALU: Seramai 1,152 graduan Diploma Vokasional Malaysia dirai dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional (KV) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke-4, semalam.
Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 14,398 graduan penerima Diploma dari 101 institusi pendidikan termasuk KV di seluruh Malaysia iaitu Program Institusi
Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah itu dirasmikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.
Pada majlis tersebut, Anugerah Terbaik Program turut diberikan kepada tiga graduan iaitu Loreeta Jenise dari Kolej Vokasional Keningau, Najwa Najihah Abdul Amit dari Kolej
Vokasional Beaufort dan Nur 'Ayuni Shafiqah Bacho dari Kolej Vokasional Tawau.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Haidzir Hussin.-Penerangan.
