Anda di sini

Komuniti Harapan Malaysia 'mata dan telinga' kerajaan - Gobind

Advertisement
Gobind menyerahkan Watikah Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia bagi Parlimen Stampin  kepada Chong selalu Ahli Parlimen Stampin.
Gobind menyerahkan Watikah Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia bagi Parlimen Stampin kepada Chong selaku Ahli Parlimen Stampin.

KUCHING: Menteri Komunikasi Dan Multimedia Gobind Singh Deo mahu Komuniti Harapan Malaysia (KHM) memainkan peranan sebagai penyampai maklumat kerajaan pada masa sama mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata setakat 23 Ogos 2019 1,430 KHM ditubuhkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 184 ditubuhkan di Sarawak.

"Saya sangat gembira melihat jumlah KHM kian meningkat dan angka keahliannya amat memberangsangkan ini, saya yakin KHM dapat memikul tanggungjawab dalam usaha memasar, meningkat kefahaman dan penghayatan orang awam terhadap dasar-dasar kerajaan di samping memperkasakan jaringan komunikasi Serta kerja sama antara rakyat pelbagai kaum.

" Tanggungjawab digalas tuan-tuan dan puan-puan ahli jawatankuasa KHM dilantik besar kerana tuan-tuan dan puan-puan merupakan 'extended arm', mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan keluh-kesah rakyat serta memastikan segala insentif kerajaan sampai kepada sasaran," katanya ketika berucap pada Program Merdeka @ Komuniti di Dewan Serbaguna Kampung Semaba dekat sini, hari ini.

Gobind berkata KHM merupakan platform disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) untuk ahli-ahlinya memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan.

Pada majlis sama beliau menyampaikan watikah penubuhan KHM kepada  satu KHM di peringkat Parlimen Stampin dan enam lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa masing-masing dua.

Dalam perkembangan lain, Gobind berkata perkembangan aplikasi media sosial kini menjadi medium komunikasi yang utama dan seluas digunakan semua lapisan masyarakat.

Beliau tidak menafikan medium media sosial banyak memberi kesan positif dari segi lonjakkan perkembangan ilmu pengetahuan, dunia perniagaa dan kemampuan membina rangkaian hubungan meluas.

Bagaimanapun ujarnya terdapat kesan negatif antaranya paling ketara berlaku dalam masyarakat ialah penyebaran maklumat palsu.

Menurutnya  penyebaran maklumat palsu jika tidak dibendung boleh menjejaskan keharmonian, keselamatan dan ketenteraman masyarakat juga negara.

" Antara tahun 2018 hingga Jun 2019 Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima 703 aduan awam berkaitan berita palsu.

" Dalam tempoh sama, 53 kertas siasatan telah dibuka oleh SKMM berhubung penyebaran berita palsu dan lima telah dihadapkan ke mahkamah serta dijatuhkan hukuman," katanya.

Beliau berkata kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembangan Persekutuan itu harus dibersekalikan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan sosial.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Ching Jen, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Roselindawatie Abdul Rahman dan Ketua Kaum Kampung Semaba Thomas Gown.

  • oleh
  • Advertisement