Anda di sini

Emart rai Hari Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik

Advertisement
 Para pengunjung mencuba kemahiran mereka dalam permainan ‘Ball Shooting’ di salah sebuat pasar raya Emart.
FOKUS: Para pengunjung mencuba kemahiran mereka dalam permainan ‘Ball Shooting’ di salah sebuat pasar raya Emart.
16 malam yang akan diadakan di semua cawangan Emart.
CUBA LAGI: Aktiviti ‘Balloon Drop’ pada jam 9:16 malam yang akan diadakan di semua cawangan Emart.

MIRI: Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16 September, rangkaian pasar raya Emart sekali lagi meraikan para pelanggan dengan pelbagai tawaran hebat, aktiviti dan permainan serta pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan secara eksklusif untuk dinikmati oleh ahli-ahli Emart.

Bermula dari tahun 2015, 16 September telah menjadi sebuah ‘tarikh keramat’ buat Emart yang sangat terkenal sebagai ‘916 Hari Keahlian Emart.’

“Emart sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan kerana pelanggan yang gembira dan berpuas hati adalah keutamaan kami. Sebagai usaha kepada komitmen kami, pada 16 September 2019 ini kami akan melanjutkan waktu operasi dari 7 pagi sehingga jam 11 malam di cawangan Matang, Tudan, Riam, Batu Niah, Xpress Sukma Ria dan Xpress Demak Laut, kecuali cawangan Batu Kawa yang beroperasi secara 24 jam aktiviti akan dijalankan 7pagi sehingga jam 11 malam,”  kata seorang jurucakap rangkaian pasar raya tersebut.

Sarawak Pay kini diterima di semua cawangan Emart. Pada 16 September 2019, pelanggan yang membayar transaksi dengan Sarawak Pay berpeluang menikmati pengembalian tunai (atau ‘cashback’) sehingga 15 peratus.

Acara hari keahlian akan dimulakan sebaik sahaja pasar raya dibuka seawal jam 7 pagi dengan pemberian sebanyak 916 hadiah istimewa kepada sejumlah 916 ahli Emart yang menerima mesej pesanan ringkas (SMS) sebelum Hari Keahlian.

Seterusnya, ‘Rush Hour Challenge’ akan bermula pada jam 9:16 pagi. Aktiviti ini akan menguji kepantasan dan kecekapan di mana para peserta dikehendaki untuk membuat sejumlah pembelian yang telah ditetapkan dalam masa yang sangat singkat.

Hanya 10 ahli Emart yang terpantas di cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam, manakala untuk cawangan Xpress Sukma Ria, Xpress Demak Laut dan Batu Niah hanya 5 ahli pertama yang terpantas akan mendapat baucar tunai RM100 secara percuma.

Peserta perlu melakukan transaksi pembelian dengan jumlah yang telah ditetapkan dengan tepat.Aktiviti ini hanya diadakan di tingkat bawah pasar raya  dan jumlah pembelian tersebut akan diumumkan oleh pengacara majlis bermula bermula pada jam 9:16 pagi. Nantikan pengumuman pengacara pada masa tersebut.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan dari jam 7 pagi sehingga 11 malam di cawangan Matang, Tudan, Riam, Batu Kawa, Batu Niah, Xpress Sukma Ria dan Xpress Demak Laut.

Ahli yang berbelanja sebanyak RM91.60 dan ke atas didalam satu resit, layak untuk menyertai permainan ‘Ball Shooting,’ ‘Kick & Strike’ dan ‘Toss A Ring’ diadakan di semua cawangan serta berpeluang untuk memenangi sebuah payung Emart. Aktiviti diadakan eksklusif untuk ahli Emart sahaja.

Bersiap sedia untuk saat yang dramatik dan menjadi saksi kepada pertandingan yang bakal mengukir sejarah dalam ‘Open the Lock Competition’ bermula pada jam 3 petang.

Pertandingan ini akan jalankan 10 pusingan di cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam manakala 5 pusingan di cawangan Xpress Sukma Ria, Xpress Demak Laut dan Batu Niah. Setiap pusingan terbuka kepada 10 ahli. Ahli yang dapat membuka kunci dalam masa yang tersingkat akan dapat baucar tunai bernilai RM100.

916 Hari Keahlian Emart akan diteruskan lagi dengan aktiviti ‘Balloon Drop’ pada jam 9:16 malam dan akan diadakan di semua cawangan Emart. Jangan terlepas peluang ini untuk mendapatkan baucar tunai secara percuma.

Seterusnya, baucar RM5 akan diberikan dengan setiap pembelian bernilai RM91.60 di cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam. Baucar ini hanya boleh digunakan pada 16 September 2019 di tingkat satu dan kedai-kedai penyewa sahaja.  

Pada hari yang sama, Emart menawarkan promosi Aiskrim kon beli 1 percuma 1 di kaunter perkhidmatan pelanggan yang terletak cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam.

Ahli Emart akan dapat 5 mata ganjaran dengan setiap RM3 pembelian pada hari keahlian Emart. Daftarkan diri sebagai ahli Emart atau memperbaharui kad keahlian anda pada 16 September 2019 untuk dapatkan payung Emart secara percuma (terhad untuk ahli yang tamat tempoh dari Mac 2019 sehingga Disember 2019 dan sementara stok masih ada). Kesemua promosi hanya diadakan untuk sehari saja jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Justeru, pastikan anda tidak melepaskan peluang berkunjung ke cawangan Emart berdekatan anda pada 16 September ini untuk menikmati promosi hebat, aktiviti yang penuh dengan hiburan serta hadiah-hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Sila layari laman Facebook Emart di facebook.com/EmartMY untuk maklumat lanjut.

Advertisement