Anda di sini

100 dijangka sertai program derma darah sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019

Advertisement
 (Dari kiri) Jonathan, Iswandy, Teo dan Safree pada sidang media berhubung kempen derma darah sempena Hari Pahlawan, semalam.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Jonathan, Iswandy, Teo dan Safree pada sidang media berhubung kempen derma darah sempena Hari Pahlawan, semalam.

SIBU: Seramai 100 penderma dijangka menyertai program derma darah sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Star Megamall di sini pada 18 September ini.

Bermula jam 9 pagi hingga 2 petang, program itu di-anjurkan Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) dan Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia Sarawak (PVTLDMS) dengan kerja-sama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Negeri Sarawak.

Presiden PVTMS Francis Teo berkata, program derma darah itu julung kali dianjurkan di Sarawak sempena sambutan Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai.

“Program ini bagi meng-angkat martabat veteran sebagai golongan yang sentiasa menyumbang dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Di samping itu, melalui program ini dapat membantu pihak hospital menambah bekalan darah bagi membantu pesakit yang memerlu-kan,” ujarnya pada satu sidang media, semalam.

Hadir sama Presiden PVT-LDMS Mohamad Safree Kassim, Pegawai Tadbir JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak Bahagian Sibu Sarjan Iswandy Sa’di serta ahli PVTMS Jonathan Julin.

Sehubungan itu, Teo menjemput orang ramai untuk hadir dan bersama-sama menderma darah pada hari itu nanti.

“Program ini juga akan melibatkan anggota unit beruniform dan jabatan-jabatan kerajaan Daerah Sibu,” jelasnya.

Pada majlis sama, JHEV ATM juga akan membuka kaunter bergerak bagi membantu memproses kad Veteran ATM, permohonan Pingat Jasa Malaysia, siasatan permohonan bantuan sara hidup, bantuan pendidikan, permohonan bantuan peralatan pesakit dan sebagainya.

Majlis perasmian dijangka disempurnakan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Rahman Abdul Wahab pada jam 10 pagi.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Teo ditalian 019-8890705, Safree (013-8037300), Idres (019-8189417) atau Syafika (084-341935/349755).

Advertisement