Anda di sini

SHEDA anjur pameran rumah dan hartanah pada 1 hingga 3 November

Advertisement
 (dari kiri) Tomas, Alex, Peter Pau, Sim, Peter Lau, Barapu dan Angelina bergambar bersama gegantung Pameran Rumah dan Hartanah SHEDA 2019 di pejabatnya di Kuching semalam.
KUNJUNGI KAMI: (dari kiri) Tomas, Alex, Peter Pau, Sim, Peter Lau, Barapu dan Angelina bergambar bersama gegantung Pameran Rumah dan Hartanah SHEDA 2019 di pejabatnya di Kuching semalam.

KUCHING: Pihak Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) akan menganjurkan Pameran Rumah dan Hartanah SHEDA 2019 pada 1 sehingga 3 November di Vivacity Megamall.

Menurut Pengerusi penganjur Pameran SHEDA 2019 , Alan Wong Kok Yee berkata tempahan ruang untuk pempamer sedang bermula sehingga pertengahan Oktober ini.

“Pihak kami sudah membuka tempahan ruang bagi pempamer hartanah di sini sejak hari ini, (13 September) agar orang ramai dapat melihat projek terbaharu yang dijalankan mereka.

“Selain, pemain industri yang berkaitan turut diajak sama untuk menyertai pameran tersebut untuk memasarkan produk mereka di sana,” katanya ketika mempengerusikan sidang media Pameran Rumah dan Hartanah SHEDA 2019 semalam.

Pameran buat kali keduanya itu berperanan sebagai sebuah pusat sehenti bagi orang ramai mencari dan mendapatkan tawaran terbaik bagi kediaman, perkhidmatan dan produk berkaitan.

Tahun ini, juga turut diadakan Cabutan Bertuah ‘Buy & Win’ dengan hadiah yang menarik.

Juga aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat termasuk ‘Food Challenge’ oleh Seoul Garden dan SKB dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan ruang pameran boleh menghubungi Pengurus SHEDA cawangan Kuching, Angelina Chai di 019-816 2191 atau e-melkan kepada [email protected].

Orang ramai juga di galakkan mengikuti lebih banyak kemas kini tentang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak SHEDA di SHEDAKUCHING.

Turut hadir sama semalam adalah Pengerusi SHEDA cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok, Setiausaha SHEDA cawangan Kuching Peter Lau Hui Han, Penolong Setiausaha SHEDA cawangan Kuching, Peter Pau Kiu Sung.

Selain, Jawatankuasa SHEDA cawangan Kuching, Barapui Balangalibun, Steve Chan dan Pengurus Restoran Seoul Garden Vivacity Megamall, Tomas C. Filler Jr dan Penolong Pengurus Restoran Seoul Garden AEON Mall, Alex Chung Say Kiong.

Advertisement