Anda di sini

Pasar Raya Boulevard anjur hari keluarga Ahad ini

 Kakitangan Pasar Raya Boulevard ceria bergambar berkumpulan dengan hadiah-hadiah yang disediakan untuk dimenangi pada hari keluarga Ahad ini.
DATANGLAH: Kakitangan Pasar Raya Boulevard ceria bergambar berkumpulan dengan hadiah-hadiah yang disediakan untuk dimenangi pada hari keluarga Ahad ini.

MIRI: Bersepena dengan sambutan ulang tahun ke-19, Pasar Raya Boulevard dengan akan menganjurkan hari keluarga pada Ahad ini, (15 September) di ruang legar (tingkat 3) kompleks beli-belah Boulevard dari jam 9:30 pagi hingga 1:30 petang.

Hari keluarga ini eksklusif kepada semua ahli kad Pasar Raya Boulevard yang menyediakan hadiah percuma, permainan yang menyeronokkan dan harga istimewa khas untuk para ahli.

“Tahun ini kita meraikan ulang tahun ke-19 dan menganjurkan hari keluarga ini sebagai penghargaan kepada para ahli  Pasar Raya Boulevard atas sokongan mereka selama ini,” kata pengurus operasinya Tok Chin Huat pada sidang akhbar semalam.

Beliau menyatakan pada hari itu, 300 ahli pertama yang mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran akan diberikan hadiah eksklusif, mereka perlu membawa kad ahli untuk menuntut hadiah berkenaan.

Setiap hadiah termasuk dua kupon permainan percuma serta produk makanan.  Bagi kupon permainan, ia boleh digunakan untuk menyertai tujuh permainan menyeronokkan yang disediakan khas untuk mereka.

Di samping itu, akan ada juga penampilan maskot-maskot comel pada jam 10:30 pagi dan 12:30 tengah hari yang mengkehendaki para pengunjung  mengambil gambar bersama-sama.

Acara kemuncak  hari keluarga tersebut ialah cabutan bertuah yang akan berlangsung pada jam 1:15 petang. Setiap ahli hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM19 di gerai-gerai acara untuk mengambil bahagian.

Selain itu, ahli-ahli kad berpeluang menikmati sampel makanan percuma. Terdapat banyak jenama yang mengambil bahagian di gerai-gerai acara, termasuk:  Julie’s, Indocafe, Wise, Gold Choice, Old Town Coffee, Shun Shen Lee Beras Wangi, Indomie, Ayam Brand, Glico, Somersby Apple Cider, Three Legs Cooling Water, Fab, Follow Me dan Safi.

Semua jenama di atas menawarkan harga ahli yang sangat istimewa kepada ahli kad Boulevard. Mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di iklan akhbar pada 15 September 2019 untuk mengetahui promosi dan tawaran istimewa pada hari tersebut.