Anda di sini

MR.D.I.Y. ganding bahu Shopee jayakan ‘Shopee’s Super Brand Day’

Advertisement
 ‘Shopee’s Super Brand Day’ dari 13 hingga 17 September ini bersempena Hari Malaysia.
TAWARAN HEBAT: ‘Shopee’s Super Brand Day’ dari 13 hingga 17 September ini bersempena Hari Malaysia.

KUCHING: Syarikat peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, MR.D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd (MR.D.I.Y.) berganding bahu dengan platform e-dagang Shopee untuk meraikan ‘Shopee’s Super Brand Day’ dari 13 hingga 17 September ini bersempena Hari Malaysia.

Kempen lima hari yang memberi penghormatan kepada detik bersejarah negara ini dilancarkan dengan Tawaran RM1 mulai Jumaat (13 September), dengan pilihan 350 unit produk untuk rakyat Malaysia pada harga hanya RM1.

Di samping Tawaran RM1, pelanggan boleh menikmati lebih banyak tawaran hebat menerusi Rancangan Siaran Langsung Shopee, akan memaparkan antara produk terbaik yang ditawarkan oleh MR.D.I.Y.

Selain itu, Shopee juga akan menganjurkan rancangan Kuiz Shopee, yang membolehkan pelanggan setia memenangi Syiling Harian dan Baucar Shopee.

Pelanggan juga digesa tidak melepaskan peluang untuk menyertai kempen ‘Proudly Made in Malaysia’ yang menawarkan 450 unit produk ‘Tawaran RM1’ di laman rasmi Shopee dari 14 hingga 16 September.

Pada sama sama Pelanggan juga berpeluang bersaing dalam Kuiz Shopee untuk memenangi Syiling Harian dan Baucar Shopee.

Selain itu, mereka boleh menantikan ‘Shocking Sale’ selama dua hari pada 14 dan 15 September di mana terdapat tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi produk Downy terpilih.

Malah, dengan setiap pembelian RM55 dan ke atas sempena ‘Shopee’s Super Brand Day’ pada 16 September, pelanggan berpeluang mendapatkan bendera Malaysia daripada MR.D.I.Y. secara percuma.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y. Andy Chin berkata, sebagai jenama kelahiran Malaysia, pihaknya menggunakan tempoh sambutan Hari Malaysia untuk menyokong rakan e-dagang, Shopee, dalam penganjuran ‘Shopee’s Super Brand Day’.

“Sepanjang September ini juga, kami juga memberi penghormatan kepada jenama Malaysia menerusi kempen ‘Proudly Made in Malaysia’ dengan menawarkan produk jenama Malaysia yang terpilih dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Dari 13 hingga 16 September, pelanggan juga boleh mendapatkan baucar diskaun RM6, RM10 dan RM15 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100 dalam troli barangan atas talian yang sama,” katanya.

Andy turut memberitahu, pada 17 September ini, hari terakhir kempen iaitu ‘D-Day’, pelanggan berpeluang merebut 500 unit produk ‘Tawaran RM1’ dan turut memperolehi baucar diskaun besar sebanyak RM8, RM12 dan RM20 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100 dalam troli barangan atas talian yang sama.

Di samping itu, pada masa tertentu sepanjang D-Day, katanya, pelanggan boleh mendapatkan baucar RM16 dengan pembelian RM75.

“Jangan lepaskan peluang hebat ini mulai Jumaat (13 September) hingga 17 September 2019!

“Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR.D.I.Y.: http://mrdiy.com/, media sosial: Facebook dan Instagram: @mrdiy2u, laman rasmi Shopee MR.D.I.Y.: https://shopee.com.my/mrdiy2u dan kedai dalam talian: https://www.mrdiy.com.my/,” ujarnya.

Advertisement