Anda di sini

Kapsul HURIX’S 600 Fluaway Improved memenangi anugerah HWB Watsons

Advertisement
 Kapsul HURIX’S 600 Fluaway yang merupakan satu produk laris daripada Jin Bin Group (HURIX’S) memenangi anugerah HWB Watsons 2019.
MENANG ANUGERAH: Kapsul HURIX’S 600 Fluaway yang merupakan satu produk laris daripada Jin Bin Group (HURIX’S) memenangi anugerah HWB Watsons 2019.

KUCHING: Kapsul HURIX’S 600 Fluaway yang merupakan satu produk laris daripada Jin Bin Group (HURIX’S) memenangi anugerah HWB Watsons sebagai ubat herba selesema yang terlaris bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak sejak 2010.

Baru-baru ini, pembungkusan baru Kapsul HURIX’S 600 Fluaway Improved yang dipertingkatkan telah dilancarkan.

Kemenangan ini mendorong HURIX’S menjadi lebih bermotivasi untuk mengembang perniagaan ke peringkat antarabangsa, memperbesar skala perniagaan dan meningkatkan pengkhususan produk.

Hal ini turut mengukuhkan dan meningkatkan kepercayaan serta sokongan pengguna terhadap jenama HURIX’S.

Selain melegakan selesema, kapsul HURIX’S 600 Fluaway Improved juga dapat melegakan hidung berair dan hidung tersumbat.

Jin Bin Group menambahkan pembungkusan produk dengan pek enam biji kapsul menjadi pek sembilan biji kapsul untuk kemudahan pengguna.

Kapsul HURIX’S 600 Fluaway Improved diperbuat daripada herba semula jadi dan oleh itu, pengguna dinasihati untuk mengambilnya pada peringkat awal ketidakselesaan untuk keberkesanan lebih baik.

Tambahan pula, ia tidak akan menyebabkan rasa mengantuk dan keletihan selepas makan.

Produk HURIX’S mempunyai sejarah selama 40 tahun, Jin Bin Group akan terus berusaha untuk mempertingkatkan produk dari segi kualiti supaya menghasilkan produk yang lebih baik kepada pengguna yang mana ia turut melepasi piawai Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang ketat.

Malah, produk yang dihasilkan mematuhi piawai dan mengawal setiap peringkat proses pengeluaran daripada bahan mentah, perolehan sehingga pemeriksaan secara ketat.

Produk yang dihasilkan merupakan gabungan ramuan pengamal perubatan tradisional yang berkelayakan dan penggunaan peralatan serta kaedah yang canggih dalam proses pengeluaran dan pembungkusan produk.

Di samping itu, demi memastikan kualiti dan keselamatan produk, HURIX’S mengaplikasikan ujian ketepatan dan kepersisian untuk memastikan produk adalah selamat dan memenuhi parameter yang dikehendaki.

Tambahan pula, bahagian pengeluaran produk dilaksanakan secara automatik dengan sepenuhnya.

Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti, malah mengurangkan kesilapan dan mengurangkan kontaminasi yang disebabkan oleh sentuhan manusia.

Jin Bin Group bertindak dengan mempraktikkan slogan “HURIX’S, menjaga kesihatan anda” dengan menggunakan herba yang berkualiti tinggi, teknologi yang inovasi dan canggih serta sekumpulan kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang profesional untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk yang dikeluarkan terjamin.

HURIX’S menggunakan teknologi dalam proses pengekstrakan dan pemekatan herba serta melalui kaedah saintifik dalam penghasilan ubat-ubatan herba, pengekstrakan herba yang mempunyai saiz molekul yang bersesuaian dan bioavaibiliti yang baik lebih mudah diserap oleh badan manusia.

HURIX’S turut menghasilkan pelbagai jenis produk kesihatan, farmaseutikal dan makanan dan kini, mereka mengembang perniagaan ke pasaran luar negara antaranya Brunei, Singapura, Macau dan Bahrain.

Produk HURIX’S kini boleh didapati di stor rantaian, farmasi, kedai ubat, stesen minyak dan pembelian secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-7725088, faks 04-7713088 atau layari www.hurixs.com.my.

Advertisement