Anda di sini

Usaha mencari seorang lagi pemancing hilang diteruskan

Advertisement
 Mayat salah seorang pemancing yang berjaya ditemukan.
DITEMUKAN: Mayat salah seorang pemancing yang berjaya ditemukan.

LABUAN: Usaha mencari seorang lagi pemancing hilang di perairan Lawas, Sarawak, Mohd Amirul Bakar, 26, diteruskan setelah dua mayat rakannya ditemukan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata, mayat Yee Chon Tiong, 30, dijumpai terdampar di atas batu di kawasan perairan Sungai Labik, Sarawak kira-kira jam 8.35 pagi.

"Ketiga-tiga pemancing itu dikatakan keluar memancing pada Isnin sekitar jam 5 pagi menggunakan bot jenis fiber dan sepatutnya pulang 60 petang hari yang sama," katanya.

Zon Maritim Labuan kemudian menerima laporan penemuan mangsa kedua Faruk Arina Ahmad Sabri kira-kira 11 malam semalam.

Mayat mangsa yang ditemukan penduduk kampung telah dikenal pasti oleh ahli keluarga dan telah dibawa ke Hospital Lawas.

Faruk, 29, ditemukan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung di pesisiran pantai Pulau Sari Besar dalam keadaan terapung.

Pihak APMM Labuan seterusnya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula 12 tengah malam semalam dan operasi masih diteruskan bagi mencari seorang lagi mangsa (Mohd Amirul) yang masih hilang.

Operasi membabitkan pihak Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin Diraja Brunei dan nelayan tempatan.

  • oleh
  • Advertisement