Anda di sini

SBKTC raih kejayaan membanggakan pada kejohanan taekwondo di KL

Advertisement
 Lau (empat kanan) bersama sebahagian peserta kelab yang berjaya memenangi pingat pada kejohanan itu minggu lepas.
BANGGA: Lau (empat kanan) bersama sebahagian peserta kelab yang berjaya memenangi pingat pada kejohanan itu minggu lepas.

SIBU: Sibu Bumi Kenyalang Taekwondo Club (SBKTC) berjaya memenangi 10 pingat emas dan lima perak pada Kejohanan Taekwondo Hero Keempat di Kuala Lumpur, minggu lepas.

Vanisia Moh Mei Yiing menyumbangkan dua pingat emas, sementara Elis Wong, Aaron Moh, Dyllen Chieng, Richard Ling, Joseph Wong, Elton Lau, Qistina Siti Aloyah Mohd Fadly dan Lau Chuang Dee masing-masing satu pingat emas.

Pingat perak pula disumbangkan Clarence Chii, Wong Siew Lok, Leorndao Lau, Tommy Hii dan Dyllen Chieng.

Lebih 1,800 peserta dari China, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand, Myanmar, Laos, Brunei dan India menyertai kejohanan itu.

Penasihat kelab Datuk Lau Keung Chai melahirkan rasa bangga dengan kejayaan itu dan menyifatkannya sebagai hasil usaha kelab sejak dua tahun lepas.

“Keputusan ini amat menakjubkan dan di luar jangkaan kita,” ujarnya sambil menambah kelab hanya menyasarkan tiga pingat emas.

Lau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak (STA) berkata, kelab juga berhasrat menyertai kejohanan yang lebih besar di luar negara setelah kejayaan tersebut.

“Dengan keupayaan yang ada ini, kita percaya kelab mampu memenangi sesuatu untuk negara jika diberi peluang,” jelasnya.

Advertisement