Anda di sini

Lelaki terima lapan jahitan dikelar bekas kekasih

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 45 tahun menerima lapan jahitan selepas tangannya dikelar bekas kekasih di sebuah pangsapuri di Sembulan, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, kejadian jam 9.30 pagi itu berlaku selepas suspek berumur 30-an datang ke rumah mangsa bagi mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka.

“Selepas beberapa minit berlaku pertengkaran semasa mereka berbincang menyebabkan suspek mengeluarkan pisau kertas lalu mengelar tangan mangsa.

“Mangsa yang cedera kemudiannya pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan menerima lapan jahitan akibat kejadian itu,” katanya.

George berkata, hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang wanita warga Indonesia yang mempunyai seorang anak lelaki berumur tujuh tahun.

“Setakat ini, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement